Kedutaan Indonesia dan layanan pelanggan

Beberapa hari lepas saya ada ke Kedutaan Indonesia bagi tujuan passport bibik. Tempat ini memang sibuk. Tapi saya agak gembira dengan perkhidmatan pelanggan yang ditunjukkan. Layanan di kaunter sangat baik dan pegawai-pegawai yang terlibat tidak sombong (tidak seperti layanan pejabat Imigresn Malaysia Indera Mahkota yang acuh tak acuh dan tidak menjawab panggilan telefon).

Di kedutaan ini rakyat mereka tidak perlu bayar untuk ambil gambar passport, dan urusan ini dipermudahkan dengan integrasi antara jurufoto dan kaunter pendaftar. Kalau di pejabat imigresen Malaysia, saya terpaksa membayar RM12 untuk ambil gambar, dicetak sebagai hardcopy, kemudian diserahkan kepada kaunter untuk ditukar jadi softcopy semula. Kenapa tidak pejabat imigresen mencontohi keberkesanan kaedah ini? Secara umumnya dapat mempercepatkan proses dan menjimatkan wang, tetapi ada pihak seperti vendor pengoperasi mesin jurufoto segera yang terpaksa gulung tikar. Siapa jaga siapa.

Dalam zaman “rakyat didahulukan” ini, perkara remeh temeh seperti ini tidak patut kita abaikan, ia memberi perbezaan yang besar.

Prev PostLaman rumah lelong dilancarkan
Next PostAdding structured data to your content

One Comment

  • norhasyati tajuddin

    February 13, 2015 at 3:29 pm

    Ye laa tuuu…feb 2015…aduhai..sombong dan bengis…lebih.lebih.lagi pegawai yg bernama kamilia leni. Tak boleh ditanya langsung. Maklumlah loghat indon pekat giler…mana nak faham. Bila ditegur, naik melenting. Kalau stress balik aje ke indon. Ramai lagi yang nak diposting ke malaysia.

    svgReply

Leave a reply