Kenapa merokok haram? Sheikh Bilal Philips

Ada video penerangan oleh Sheikh Bilal Philips tentang larangan merokok.

Sedikit pencerapan:

1. Tembakau datang ke Empayar Ottoman sekitar 500 tahun lepas.
2. Para ulama pada masa itu mengeluarkan fatwa berkenaan merokok hanya bersandarkan pemerhatian dari luar.
3. Pemerhatian mendapati merokok mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
4. Terdapat satu hadis berkenaan orang yang makan bawang putih tidak perlu masuk masjid (kerana bau kurang menyenangkan).
5. Jadi ulama Empayar Ottoman menfatwakan merokok makruh berdalilkan hadis berkenaan bau bawang itu.
“Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda ketika dalam peperangan Khaibar: Sesiapa yang memakan dari pohon ini iaitu bawang putih maka janganlah dia memasuki masjid.
Ibn ‘Umar, may Allah be pleased with them, reported:
The Messenger of Allah (may peace be upon him) said during the battle of Khaibar: He who eats of this plant, i.e. garlic, should not come to the mosques. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 870
Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 870”
6. Tetapi perkembangan sains dalam bidang perubatan/pembedahan berjaya mengaitkan amalan merokok dengan kancer.
7. Pada tahun 1979 tidak syak lagi merokok menyebabkan kanser, dan kanser menyebabkan kematian.
8. Merokok umpama membunuh diri, dan membunuh diri adalah haram.
9. Merokok adalah haram.

Wallahualam.

http://www.youtube.com/watch?v=yJD2wh8tWZ0

Prev PostHukum merokok - haram
Next PostSisha - hisap, jual adalah haram

Leave a reply