Kerja kuat adalah jihad

Sementara tunggu anak dari kelas tuisyen.

Petang tadi selepas Jumaat saya sempat menghadiri satu majlis tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Dato Badlishah. Tazkirah bertajuk ‘berlumba-lumba dalam membuat kebaikan’.

Salah satu perkara yang disentuh adalah kerja kita sebagai satu ibadah. Dan bekerja secara bersungguh-sungguh adalah sama pahalanya dengan jihad fisabilillah.

Menurut beliau Rasulullah hanya pernah mencium 3 tangan manusia di dunia ini. 2 orang sahabat, dan 1 orang lagi adalah anak Baginda Fatimah. Ini kerana tangan ketiga-tiga mereka ini kasar oleh kerana pekerjaan yang dilakukan oleh mereka bagi menyara keluarga. Kata Nabi, tangan mereka ini tidak akan dijilat api neraka.

Maka cara lain untuk mendapatkan keredhaan Allah selain berjihad adalah bekerja dengan rajin yang mana pahala keduanya adalah sama.

Apakah pahala amalan yang lebih baik dari fisabilillah? Kata Ustaz, berbuat baik kepada ibu bapa.

Sekian perkongsian.

Prev PostTerbaik PDRM! Cara kesan akaun bank atau nombor telefon penipu online
Next PostDropbox API - PHP function for file download

Leave a reply