Lawatan ke Kuching

Musim cuti sekolah penggal pertama 2017, anak-anak nak bercuti. Last minutes arrangement kami decide ke Kuching, Sarawak. Tak jauh pun, tapi anak-anak dah suka sebab dapat naik kapal terbang 😉

Arrangement pertama yang dibuat adalah penginapan.

Oleh kerana saya yang jadi webmaster Jomstay.com, maka tak susahlah saya nak cari homestay yang available di Kuching walaupun cuma tinggal beberapa hari saja lagi nak bertolak. Alang-alang saya iklan sikit pasal Jomstay.com iaitu sebuah portal pengumpulan homestay seluruh Malaysia. Sesiapa yang nak cari homestay dengan best deal, sila buat carian di sini. Pemilik homestay pun dijemput untuk buat iklan yang tak akan luput, dan saya beri kemudahan untuk letak gambar sebanyak mana yang boleh. Saya pun dulu ada homestay, bosan dengan Mudah.my yang asyik nak luput dan kena bayar untuk iklan tertentu. Jadi saya buat satu portal yang beri kemudahan percuma.

Dipendekkan cerita, saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan dari Hj. Lan yang mana homestay beliau berada dekat dengan Kubah Ria (dulu dikenali sebagai Pasar Satok). 5 minit je dah sampai pasar. Pasar Kubah Ria ni terkenal dengan produk ikan masin terubuk. Nak dijadikan cerita, Hj. Lan juga ada kenalan yang menjual ikan masin terubuk di Kubah Ria dengan harga yang sangat special. Saya memang rekomen rakan Hj. Lan ni iaitu Hj. Ibrahim. Perusahaan Hj. Ibrahim ni dikenali juga sebagai UITM (Usahawan Ikan Terubuk Masin). Sesiapa yang nak homestay sila cari Hj. Lan 013-8167312 dan yang nak cari ikan terubuk boleh contact Hj. Ibrahim gerai no 83 di talian 019-8484920.

Arrangement kedua pula ialah pengangkutan. Saya dapatkan sebuah Exora untuk tampung perjalanan kami seramai 9 orang. Harga pun tak mahal sangat, boleh nego. Contact Cikgu Halid 016-8559792. Exora ni dihantar ke airport dan kami dapat terus sebaik saja mendarat.

Tempat pertama yang dilawati adalah di Semenggoh Wildlife Center. Kita pergi dengan budak-budak kan, so inilah hiburannya. Hehe.

Dapatlah tengok Orang Utan yang malu-malu, ayik nak sembunyi muka je. Crowd tak ramai mana. Tapi cuaca panas. Minuman tak boleh dibawa rapat ke tempat pameran.

Rating tempat ni: 6/10

Kami teruskan selepas itu ke Annah Rais Hotsprings di Siburan. Jaraknya lebih kurang 30km dari Kuching. Oleh kerana handphone dah kering baterinya, saya ada masalah sikit nak cari tempat ni. Tapi still jumpa dengan bertanya pada orang-orang di situ. Dari segi review, boleh dikatakan tempat ni below expectation. Faciliti tak banyak, yang ada cuma satu kolam ditepi sungai. Oklah, tapi saya tak berapa gemar. Anak-anak suka sebab dapat mandi sungai.

Rating tempat ni: 4/10

Masuk hari kedua. Dimulakan dengan bergambar dengan ikon Kuching di Padungan. Kamudian kami bergerak ke Fort Margherita. Bayaran masuk cuma RM5. Nice view. Boleh direkomen untuk lawatan.

Rating tempat ni: 8/10

Kemudian kaum ibu mencadangkan untuk kami gerak ke kedai kek lapis. Sebab kami dah seberang sungai naik jambatan, jadi alang-alang terus saja ke kedai kek. Seperti rekomendasi oleh Hj. lan, kami ke Kedai Kek Mira. Saya tak join kaum ibu membeli belah di sini. Cuma memerhati dari dalam kereta.

Rating tempat ni: 8/10 (kaum ibu yang cakap)

Tak puas dengan satu kedai kek, kaum ibu terus mencari sasaran berikutnya dengan singgah di Kedai Kek Lapi Dayang Salihah. Sini pun saya tak join membeli belah cuma jadi supir yang setia menanti dalam kereta. Feedback dari kaum ibu, terdapat kek yang rosak bila bawa balik ke rumah di Kuantan. Tak tahu lah salah kedai ke salah kami, tapi resit dah hilang. Kek dari kedai lain tak rosak pula. Maka kaum ibu anggap ‘dah takde rezeki, nak buat macam mana’ sajalah.

Rating tempat ni: 5/10 (pun kaum ibu yang cakap)

Seterusnya petang tu kami buat aktiviti bebas. Berjalan-jalan sekitar Kuching Waterfront. Sempat naik bot penambang ke kedai kek di seberang. Kedai kek lagi!


(kelihatan anak-anak saya dan kaum ibu begitu ceria dapat naik bot)

Selain itu jika nak layan cruise pun ada. Pemandangan dari tebing sungai nampak cantik.

Hari ketiga kami pagi-pagi dah sampai ke Cat Muzium. Budak-budak semestinya akan terhibur dengan banyaknya koleksi patung kucing yang ada. Macam-macam jenis. Tapi muzium ni taklah besar mana, 10 minit round dah cover satu muzium.

Rating tempat ni: 8/10

Kemudian kami gerak ke satu tempat yang sering disebut-sebut iaitu Fairy Cave (Gua Pari-pari). Tempat ni sebenarnya jauh dalam daerah Bau. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kuching. Sebelum sampai saya ada juga terfikir apa yang specialnya tempat ni.

Ini tangga Fairy Cave.

Ini pula dalam Fairy Cave. Nak sampai ke sini kena naik 3 tangga yang tinggi menjunam, tak termasuk tangga kat luar tu. Nasihat saya, kaum ibu tak payahlah pakai cantik-cantik nak datang masuk gua ni. Tempat ni sempit, gelap dan basah. Bersedia untuk kotorkan baju dan seluar. Bagi peminat gua mungkin rasa menarik.

Rating tempat ni: 6/10

Kemudian kami balik dari Fairy Cave dan sempat singgah ke pekan Bau. Dari pekan Bau boleh ke Tasik Biru. Inipun tempat yang disebut-sebut juga. Tapi malangnya semasa saya ke sana, air tasik tak biru tapi hijau. Mungkin ini bekas lombong sebab pekan Bau ini terkenal dengan aktiviti perlombongan suatu ketika dulu. Jadi oleh kerana saya tak nampak air yang biru, mak rating saya beri rendah sikit.

Rating tempat ni: 3/10

Dari Bau kami terus balik ke Kuching. Malam harinya kami sekali lagi ke Waterfont. Suasana kat sini memang happening. Kami sempat ambil bot dan pemandangan dari tengah sungai memang cantik.

Kata pengendali bot selepas touring, dalam bot jangan tanya pasal buaya. Sebab kalau tanya kita pasti akan nampak apa yang ditanya tu.

Rating tempat ni: 10/10

Esoknya, oleh kerana kaum ibu tak betul-betul buat itenary lawatan, kami ke Bau sekali lagi. Kali ni sebab nak melawat Pasar Serikin. Bertolak dari homestay jam 7 pagi, kami sampai sana jam 8. Cuaca pagi memang segar dan kami boleh bersantai melihat-lihat barang. Shopping sikit-sikit. Kebanyakan peniaga adalah dari Indonesia, barang pun dari sana. Tapi betullah seperti yang saya pernah baca dalam satu review, peniaga di Serikin pun dah pandai nak naik harga. Mungkin mereka pun kena GST 😉 Sebenarnya ini kali kedua saya datang. Dulu dalam tahun 2010, rasanya lebih baik. Dulu lain, sekarang lain. Belilah apa yang patut. Tapi dengan jaraknya yang jauh dan populariti Pasar Serikin sebagai tarikan, saya rasa tak berbaloi.

Rating tempat ni: 5/10

Kami sempat singgah sekali lagi di pekan Bau untuk cari makan. Hanya ada satu restoran muslim iaitu Siti Cafe, tapi makanan dah habis. Terpaksa lah cari KFC.

Ini adalah lokasi terkahir sebelum kami balik ke semenanjung petang berkenaan. Seperti yang dijanjikan saya ke gerai no. 83 milik Hj. Ibrahim untuk membeli ikan terubuk masin. Tak banyak pun beli, ambil syarat saja. Tapi beliau tetap beri kami harga special..terima kasih Tn. Hj semoga bisnes ikan masin Tuan terus berkembang maju.

Secara overall lawatan ke Kuching berjaya menghiburkan hati anak-anak dan kaum ibu. Jumpa dalam edisi lain selepas ini.

Prev PostMemandu secara berhemah
Next PostCerita rakyat vs. cerita kontemporari

Leave a reply