Maaf zahir sahaja?

1 Syawal 1439 – umat Islam merayakan kemenangan setelah berpuasa selama sebulan. Ucapan paling popular ketika ini ialah “Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.”

Tapi ada sebahagian dari kita yang merasa segan atau janggal dengan istilah ‘batin’, maka lahirlah ucapan ‘maaf zahir sahaja’.

Maksud batin menurut Kamus Bahasa Melayu DBP adalah;

1. dalam hati

2. berkenaan jiwa

3. tersembunyi, tak nampak

Jadi yang terpakai dalam ucapan hari raya adalah #3. Mohon kemaafan samada salah yang jelas dan nyata atau salah yang tersembunyi dan tidak diketahui.

Selamat hari raya Aidilfitri.

Maaf zahir dan batin.

Prev PostJersey World Cup dari Yoodo
Next PostUnifi Mobile perkenalkan Pay4Me

Leave a reply