Mengapa anda patut bertukar ke Unifi Mobile?

Hari ini saya ke TMPoint Kuantan untuk dapatkan sim card yang telah saya pesan secara percuma melalui aplikasi mobile@unifi. Proses yang agak mudah untuk dapatkan sim card dan mula membuat panggilan atau gunakan data internet.

Saya hanya perlu download aplikasi mobile@unifi dari Google Play Store, install dan masukkan nombor IC ke aplikasi. Kemudian tandakan berapa sim card yang diperlukan. Saya telah pilih ‘nombor cantik’ seperti yang saya kehendaki. Buat permulaan saya hanya pesan 4 sim card, 1 lagi saya simpan untuk keperluan hari lain. Semasa memesan, saya tick ‘self pickup’ menandakan yang saya akan ke TMPoint Kuantan untuk ambil sim card sendiri.

Saya boleh ambil pada hari yang sama, tapi saya pilih untuk ambil 2 hari selepas memesan atas faktor masa. Di kaunter TMPoint, urusan berjalan lancar dan dalam tempoh 15 minit saya selesai mendapatkan 4 sim card.

Seterusnya saya telah cuba mengaktifkan sim card pertama. Caranya mudah, pasang sim card pada phone dan cuba buat panggilan. Ia terus aktif!

Kemudian saya masuk semula ke aplikasi mobile@unifi untuk lihat adakah benar kuota yang disediakan seperti janji promosi. Ini boleh dilakukan dengan menekan butang ‘First Time Login’. Satu code akan dihantar melalui SMS. Ya benar sekali. Sim card ini datang dengan 20Gb data LTE secara percuma dan 10 minit panggilan telefon. Memang berbaloi untuk sesuatu yang percuma. Perhatikan screenshot disertakan.

Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana jika kuota percuma itu habis. Pengguna boleh menambah kredit ke akaun mereka melalui kad kredit atau online banking. Saya telah cuba untuk tambah kredit sebanyak RM10 sebagai percubaan. Proses menambah kredit amat mudah seperti screenshot berikut.

Pilih cara pembayaran.

Jika melalui online banking, pilih nama bank.

Pembayaran selesai.

Setelah itu swipe screen ke bawah untuk update baki akaun di mobile@unifi.

Seterusnya baki ini boleh digunakan untuk beli add-on seperti;

Data.

Airtime untuk panggilan telefon atau SMS.

Atau boleh juga untuk roaming access.

Saya dapati user interface aplikasi mobile@unifi ini agak mudah untuk digunakan, seperti mengaktifkan international roaming atau memeriksa baki data dan airtime.

Dengan kemudahan begini, saya pasti akan menggunakan perkhidmatan mobile@unifi apabila berhajat ke luar negara. Kenapa?

1. Pengaktifan roaming facility yang mudah (layan diri) melalui aps.

2. Fixed charge semurah RM39/sehari.

3. Kebebasan untuk mengawal perbelanjaan kerana saya hanya bayar apa yang digunakan. Tidak ada deposit roaming ataupun kejutan bil selepas pulang dari luar negara.

Saya akan mengaktifkan 3 nombor lagi untuk anak-anak saya dan kita lihat sejauh mana mobile@unifi dapat memberi manfaat kepada golongan muda pula.

Prev PostJadual cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN sepanjang 2018
Next PostMaxisONE Home Fibre vs. Unifi

37 Comments

  • Arsina

    December 12, 2019 at 7:15 am

    Saya sudah ada sim ni. Di kawasan saya Tawau memang ok. Tetapi apabila saya keluar kawasan seperti kota kinabalu atau daerah2 lain sim tak berfungsi. Kalau nak guna kena say sorry. Interrupted. Saya jadi malas.

    svgReply
  • aini

    March 16, 2019 at 12:24 am

    Mcm mana saya nak aktifkan kad kalau operator yg salah tulis email add

    svgReply
  • Azzam

    February 17, 2019 at 9:14 pm

    Bley je… Tp kene bayar ar bossku…

    svgReply
  • Sue

    April 22, 2018 at 3:39 pm

    Saya dah daftar pertengahan bulan 2. Tapi bulan 4 tak ambil2 sbb lupa. Boleh ambil lg ke ye sim percuma tu?

    svgReply
  • Zam myy

    March 31, 2018 at 8:45 pm

    Nak tnye…kalau tgh lautan blh gune x..tmpat xde line phone just ade wifi kne lock.(biase captain kapal kedekut bg psswrd)still dpt gune x

    svgReply
    • Basri MY

      April 12, 2018 at 8:15 pm

      sama macam GSM lain, jika tiada coverage tak boleh guna.

      svgReply
    • Azzam

      February 17, 2019 at 9:13 pm

      Dpt… Sbb mobile@unifi nie dye pakai line… Walaupun kita berada di hutan amazon pun still dpt lg

      svgReply
  • Zam

    March 31, 2018 at 8:42 pm

    Nak tnye..kalau kte kat tgh lautan takde line phone..just ade wifi yg kene lock…(biase la captain kapal kedekut bagi passwrd) msh ke dpt connect???

    svgReply
  • Shaimim Raphay

    March 13, 2018 at 5:38 pm

    Kalau saua activate sim kad tu lambat cam lama skit sebulan ke 2 bulan, still boleh guna j6gak kan

    svgReply
    • Basri MY

      March 13, 2018 at 8:32 pm

      boleh. tapi activation auto on tak silapnya dalam tempoh 14 hari penghantaran dibuat.

      svgReply
  • kiki

    February 27, 2018 at 10:10 pm

    Hi. Unifi Mobile boleh tether tak? Maksudnya jadi hotspot untuk device lain. Tq.

    svgReply
    • Basri MY

      February 27, 2018 at 10:26 pm

      boleh. bandwidth dah run on pay per usage.. so boleh tether semahunya. more tether means more RM.

      svgReply
    • kiki

      February 27, 2018 at 10:33 pm

      ok, jawapannnya BOLEH. Saya baru LIVE chat dengan Unifi. Tq

      svgReply
  • L. Fernando

    February 24, 2018 at 10:56 pm

    Nak tanya. Kenapa belum dapat first time login ye? Sedangkan dah buat call, internet dan sms berkali-kali dah. Masih juga dia kata “the number is not yet activated, please make a first call, sms or data usage.” Pas tu kalau dah buat first usage nak kena tunggu. Tunggu sampai bila?

    svgReply
    • Basri MY

      February 24, 2018 at 11:38 pm

      tak sepatutnya macam tu. klu dah guna sekali should be activated already and boleh register untuk masuk app.

      svgReply
      • L.Fernando

        February 28, 2018 at 11:37 pm

        Dah dapat dah

        svgReply
  • Muhamad firdaus azarai

    February 13, 2018 at 12:32 pm

    Saya ambil 5 simkad, baki lagi 4 simkad masih belum aktif dan baki 4 simkad itu boleh digunakan smpai bila??

    svgReply
    • Basri MY

      February 15, 2018 at 10:15 am

      Setahu saya available for life.

      svgReply
  • Aza

    February 9, 2018 at 10:09 pm

    Salam.. Saya dh Terima simcard Tapi macam mana Nak active kan simcard.
    I Tak bole connect to unifi, tak bole call or send SMS.

    svgReply
    • Basri MY

      February 11, 2018 at 8:54 pm

      masukkan sim card baru macam biasa. jika phone ada 2 sim card, pastikan kedua-dua slot sim card dalam keadaan aktif.

      svgReply
  • muhammad asri

    February 5, 2018 at 7:45 pm

    salam…nk tyer?….knpe simkad sy takde servis..sy bru jer pasang.ermm

    svgReply
    • Basri MY

      February 5, 2018 at 8:15 pm

      Untuk kes teknikal seperti ni elok Tuan jumpa customer service di TMpoint.

      svgReply
  • wawa

    January 31, 2018 at 2:40 pm

    1st time active mmg kena topup ke untuk online?

    svgReply
    • Basri MY

      January 31, 2018 at 2:41 pm

      tak perlu topup. preloaded dengan 20Gb data dan 10 minutes talk time.

      svgReply
      • wawa

        January 31, 2018 at 4:03 pm

        coverage sy kt sini 3g. tpsejak 8.30mlm td xleh online. account balance msh rm0.00. adakah account balance nk kena ada jumlah bru boleh online?

        svgReply
        • Basri MY

          January 31, 2018 at 4:19 pm

          cuba buka mobile@unifi dan under data tgk kuota yg ada berapa? kalau guna 2 sim card pastikan sim card yg baru di setkan jadi main internet resource.

          svgReply
          • wawa

            January 31, 2018 at 4:43 pm

            mmg 20gb tu je. baru dpt sim semalam. mula tu ok je online. try online xlm pun. kjp2 je.. then start 8.30mlm tu trus xleh smpai skg.

          • Basri MY

            January 31, 2018 at 4:48 pm

            tak silap saya 20Gb untuk LTE sahaja. jika kawasan saudari 3G, bermakna dapat gunakan kuota data biasa iaitu 50Mb dan mungkin saudari dah habis gunakan.

          • wawa

            January 31, 2018 at 5:10 pm

            jadi kena add on kuota la mksudnya…

          • Basri MY

            January 31, 2018 at 5:11 pm

            ya… yang free 20Gb untuk LTE sahaja.

          • wawa

            January 31, 2018 at 5:22 pm

            terima kasih membantu.

          • mira

            February 2, 2018 at 2:54 pm

            macam mana nak log in ?

          • Basri MY

            February 2, 2018 at 2:55 pm

            nak login kena dapatkan dan activate dulu sim card

  • Boleh tak menggunakan nombor tel yg lama apabila bertukar kpd mobile@unifi

    January 29, 2018 at 8:54 pm

    No hp yg lama masih boleh digunakan?

    svgReply
    • Basri MY

      January 29, 2018 at 10:59 pm

      Boleh.

      svgReply
      • aisya

        February 23, 2018 at 6:26 pm

        nak cancel boleh..dh dftar nombor sedia ada..tp masih belum pasang simkad..adakah klu kita xpasang simkad lama boleh lg digunakan?

        svgReply
        • Basri MY

          February 23, 2018 at 6:30 pm

          saya rasa Cik kena rujuk kepada call center atau TM Point.

          svgReply

Leave a reply