Pelaburan Emas Yang Lebih Mudah

Semasa membaca artikel berkenaan Gold Investment Account dari Public Bank di laman webnya, saya tertanya-tanya apakah ciri keistimewaan yang ada pada program pelaburan seperti ini. Saya terfikir alangkah baiknya sekiranya urusniaga jual/beli melalui GIA dapat dijalankan secara online.

Harapan saya ini hampir termakbul bila saya terperasan link GIA di dalam laman PubliceBank, yang mana link ini diletakkan sebaris dengan deposit account, loan account, credit/debit card dalam laman web online banking ini. Saya begitu teruja untuk mengetahui mungkin Public Bank membenarkan proses jual/beli emas dapat dijalankan secara online semudah memindah dana dari savings ke GIA atau dari GIA ke savings dalam beberapa klik sahaja.

Tetapi sangkaan ini ternyata meleset apabila saya dimaklumkan oleh pegawai bertugas di sana bahawa sebarang transaksi hanya boleh dibuat di kaunter. Katanya disebabkan oleh harga yang berubah-ubah. Betapa sayangnya.

Satu-satunya mekanisme yang ada secara mudah untuk pelaburan emas dijalankan secara online dan selamat melalui switching antara fiat dan emas ialah menggunakan sistem yang disediakan oleh BullionVault. Sistem ini membenarkan pembelian atau jualan emas dibuat secara online.

Akan tetapi saya menasihatkan mereka yang ingin mencuba agar berhati-hati kerana syarikat ini didaftarkan di UK..jauhnyer. Kecuali anda sering berulang-alik ke UK dan mudah ke sana, maka kita patut sentiasa berwaspada. Namun peluang ini harus diteroka dan dikaji bersama.

Prev PostPublic Bank Visa Electron Terima Paypal
Next PostTiltViewer, PicasaWeb & PHP Script

Leave a reply