Pengharaman babi dalam Al-Quran & persoalan berkaitan

Saya sempat membaca sedikit kandungan dari e-book “Fikah Luar Negara – Mudah Praktik Islam di Mana-mana” karya Maszlee Malik & Hamidah Mat. Antara perkara yang dibangkitkan adalah isu pemahaman ketat oleh pengikut Imam Shafie berkenaan keharaman babi.

Mengikut penulis, telah disepakati bahawa keharaman babi oleh kerana telah disebut secara jelas dalam Al-Quran seperti berikut:

Prohibited to you are dead animals, blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allah , and [those animals] killed by strangling or by a violent blow or by a head-long fall or by the goring of horns, and those from which a wild animal has eaten, except what you [are able to] slaughter [before its death], and those which are sacrificed on stone altars, and [prohibited is] that you seek decision through divining arrows. That is grave disobedience. This day those who disbelieve have despaired of [defeating] your religion; so fear them not, but fear Me. This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion. But whoever is forced by severe hunger with no inclination to sin – then indeed, Allah is Forgiving and Merciful. Al-Maidah 3.

Pun begitu menurut mereka terdapat beberapa perkara yang menjadi perselisihan iaitu:

1. Kategori babi sebagai najis apa, mughallazah atau mutawassitah?
2. Cara penyucian, berkait rapat dengan kategori di atas.
3. Kulit, bulu atau bahagian-bahagian lain adakah boleh digunakan selepas disucikan?

Imam Shafie meletakkan kategori babi sebagai najis mughallazah berdasarkan qiyas dari hadis Sahih Muslim tentang penyucian najis anjing.

“Sucinya bejana di antara kalian yaitu apabila anjing menjilatnya adalah dengan dicuci tujuh kali dan awalnya dengan tanah.” (HR. Muslim no. 279)

Jadi secara qiyas, oleh kerana babi disebut secara jelas dalam Al-Quran maka tentulah keutamaan untuk menyucikan najis babi lebih dari anjing. Pendapat inilah yang kuat dipraktikkan di Malaysia.

Namun begitu mngikut pengarang e-book berkenaan, bangkai dan darah juga disebutkan bersama daging babi dalam Quran, mengapa penyucian bangkai dan darah tidak mengikut 7 kali basuhan?

Prev PostCCTV Kuantan
Next PostKeringanan atau ambil mudah?

Leave a reply