Peratus Pelaburan ASB Dalam Sekuriti Tidak Patuh Shariah

Masuk tahun ini lebih kurang 1 tahun lebih saya melibatkan diri dengan pemasaran unit trust, sebagai agen di salah sebuah syarikat pengurusan saham amanah. Jadi saya ada seorang upline dan beberapa kenalan seperjuangan dalam bisnes yang sama.

Beberapa hari lepas saya ada berborak dengan kawan-kawan unit trust ni tentang status ASB. Saya sebenarnya seorang yang biasa, bukan ustaz dan tidak ada sebarang kelayakan agama. Tidak juga mengikuti program Islamic Financial Planner seperti beberapa orang rakan saya. Dalam hal ASB, saya menyedari wujud perbezaan di antara keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) dan juga Shariah Advisory Panel di SC (SAC). MFK memutuskan ASb sebagai harus, sementara SAC memutuskan ASB sebagai pelaburan tidak patuh shariah. Ini berdasarkan satu surat dari SAC kepada salah sebuah bank di Malaysia.

Di sini, saya tidak pasti tentang perkara berikut:-
1) Adakah ASB di kategorikan sebagai tidak patuh shariah berdasarkan guidelines kepatuhan dari SC,
atau
2) Adakah ASB di kategorikan sebagai tidak patuh shariah oleh kerana ia tidak memohon status shariah-compliance atau tidak pernah dinilaikan, maka ia berada dalam kumpulan tidak patuh.

Saya masih tidak berpeluang untuk membaca secara lebih detail tentang mengapa ia dikategorikan sebagai tidak patuh, tetapi berdasarkan bacaan saya dalam artikel Ustaz Zaharuddin, berikut adalah isu yang ditimbulkan:-
1) Akad,
2) Perlindungan modal,
3) Di mana ASB itu dilaburkan, dengan kata lain percampuran antara sekuriti patuh dan tidak patuh.

Berdasakan buku laporan tahunan ASB bagi tahun berakhir 31 Disember 2008, berikut ini adalah peratusan penglibatan pelaburan ASB dalam sekuriti yang tidak patuh shariah. Sekuri ini telah saya cari status kepatuhannya berdasarkan senarai terbaru dari SC;
1) Malayan Banking Berhad (21.93%)
2) British American Tobacco (M) Berhad (2.19%)
3) Fraser & Neave Holdings Berhad (1.24%)
4) Carsem (M) Sdn Bhd (0.87%)
5) Bumiputra-Commerce Holdings Berhad (0.76%)

Jika dijumlahkan, sebanyak 26.99% pelaburan ASB adalah terhadap sekuriti tidak patuh shariah dan sebahagian besarnya lagi adalah kepada sekuriti patuh shariah. Berdasarkan nisbah percampuran 1/3 bagi mengenalpasti jumlah percampuran, peratusan di atas masih boleh dikira kecil, iaitu kurang dari sepertiga.

Pun begitu, perkara nisab 1/3 ini masih juga di tolak oleh rakan-rakan unit trust saya. Seorang rakan mengambil kira nisbah 5%, 10%, 20% dan 25% seperti yang digunakan oleh SAC dalam menentukan kepatuhan sesuatu sekuriti kepada shariah. Maka oleh kerana pelaburan di Maybank melebihi 5%, rakan saya ini menghukumkan ASB sebagai haram. Nisbah 5% digunakan oleh SAC bagi menentukan tahap percampuran sekuriti tentang hal melibatkan riba atau arak.

Pada pandangan saya, rakan saya ini mungkin tersilap dalam pentafsirannya tentang nisbah 5%. Pada saya, SAC menggunakan nisbah 5%, 10%, 20% dan 25% berdasarkan kelas-kelas tersendiri seperti berikut:-

(a) Tanda aras 5 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti
yang jelas keharamannya (tidak selaras dengan Syariah) seperti riba (syarikat
berasaskan faedah seperti bank konvensional), judi, minuman keras dan daging
babi.

(b) Tanda aras 10 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti
yang melibatkan unsur `umum balwa iaitu perkara terlarang yang melibatkan
kebanyakan orang dan sukar untuk dielakkan. Contoh sumbangan tersebut
adalah pendapatan faedah daripada simpanan tetap dalam bank konvensional.
Tanda aras ini juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan tembakau.

(c) Tanda aras 20 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan
terimaan sewaan daripada aktiviti tidak patuh Syariah seperti terimaan sewaan
premis yang menjalankan aktiviti perjudian, jualan arak dan sebagainya.

(d) Tanda aras 25 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti
yang secara umumnya selaras dengan Syariah dan mempunyai maslahah kepada
masyarakat awam, namun terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status
Syariah aktiviti berkenaan. Antara aktiviti yang mempunyai tanda aras ini ialah
aktiviti pengoperasian hotel dan pusat peranginan, perniagaan saham,
pembrokeran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut berkemungkinan
melibatkan aktiviti lain yang tidak selaras dengan Syariah.

Dengan kata lain, nisbah di atas adalah bagi menentukan percampuran hasil dari aktiviti syarikat yang selaras dengan shariah atau yang tidak selaras. Percampuran ini menentukan samada sekuriti syarikat berkenaan dikategorikan sebagai patuh atau tidak patuh shariah. Sementara nisbah 1/3 digunakan untuk menentukan percampuran antara sekuriti-sekuriti yang berbeza yang membentuk 100% pelaburan ASB.

Dalam hal keputusan berlainan yang dikeluarkan oleh MFK dan SAC, saya ada membaca tentang kita dibenarkan mengikut mana-mana pendapat. Oleh kerana adanya fatwa ASB sebagai harus, dan nisbah percampuran pelaburan halal yang lebih besar dari 2/3, maka saya berpendapat ASB adalah harus bagi diri dan keluarga saya.

Mungkin pendekatan ini merugikan saya sebagai agen unit trust dalam hal menukarkan ASB client kepada unit trust (sales!), tetapi saya lebih redha tiada sales berbanding meng’haram’kan sesuatu yang telah di’harus’kan. Pun begitu, saya menghormati pandangan mereka yang berbeza dalam hal ini. Artikel ini hanyalah pandangan peribadi saya.

Prev PostSAC Benchmarks (Sharia Compliance Securities)
Next PostPublic Bank Visa Electron Terima Paypal

9 Comments

  • mohd shukor

    October 6, 2014 at 5:36 pm

    tuan tanah lupa ttg hal pmbyran gaji pekerja,sewa,maintenance dll kos yg brkaitan dlm sesbuah perniagaan..

    mne nk dtg duit utk byr bil diatas klu xdri keuntungan, cma bgaimne keuntngan itu dicari..

    tuan tanah kne tgok gak hadis nabi muhammad tu mse dan keadaannya..sbagai cth adakah hadis “riba” itu disebut utk individu atau sbalikny..sbb setiap hadis nabi ad cerita disblikny..

    svgReply
  • Basri MY

    July 30, 2013 at 2:35 pm

    Tuan, ada banyak bacaan yang boleh menghuraikan perbezaan % keuntungan bank Islam vs. % interest bank konventional. Contoh yang baik di sini:
    http://zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/587-bank-islam-menipu-a-bank-konvensional-sebenarnya-lebih-mahal.html

    Wallahualam.

    svgReply
  • badrul

    July 29, 2013 at 5:05 pm

    en Basri sila lihat syarat pembiayaan islamik. ada % bukan? itu adalah riba bagi saya kerana mengaut keuntungan atas hutang.

    svgReply
  • badryl

    July 29, 2013 at 11:38 am

    bukan bimb ada pembiayaan islamik. % tu apa? bukan ke tu riba? kalo setakat tukar istilah tak ke mana nya. tengok video tentang bank islam.

    svgReply
  • badryl

    July 29, 2013 at 11:36 am

    % dalam pembiayaan islamik adalah riba. nabi beritahu, hutang 1 dinar bayar balik 1 dinar. kenapa nak dibolehkan asal ada nama islam

    svgReply
  • Basri MY

    July 3, 2013 at 9:50 pm

    Kalau tak keberatan Sdra Badryl boleh beri sedikit pencerahan tentang unsur yang dikaitkan dengan BIMB.

    svgReply
  • badryl

    July 3, 2013 at 4:22 pm

    bimb pun berunsur riba juga. jangan terlepas pandang.

    svgReply
  • suri mulitas

    June 24, 2010 at 1:34 pm

    ADAKAH ASNB MEMPUNYAI UNSUR RIBA

    svgReply
  • yunus84

    June 22, 2010 at 10:33 am

    Islam itu sangat mudah.. “Tinggalkan perkara yang meragukan..” ibarat jangan mengembala ternakan disempadan tanah orang, takut2 termakan tanaman orang.. insyallah hidup lebih berkat.. ingat kat akhirat nnti sbesar biji sawi pn akan dpersoalkan.. huruf2 tulisan yang ditaip ini pn akan dipersoalklan.. hehe..

    svgReply

Leave a reply