Perks@Work – jom cuba khidmat perbankan dari HSBC

HSBC atau nama penuhnya Hong Kong and Shanghai Banking Corporation Limited dibuka ddi Hong Kong pada tahun 1865, diikuti dengan cawangan Shanghai sebulan kemudian. Kini ia merupakan salah satu instutusi perbankan terbaik di dunia. Di Malaysia terdapat lebih dari 50 cawangan HSBC dibuka di seluruh negara.

Baru-baru ini saya berkesempatan mendengar taklimat tentang Perks@Work iaitu satu promosi khas dari HSBC untuk orang ramai mendapatkan perkhidmatan dari HSBC pada kadar promosi. Seperti yang diketahui, perkhidmatan di HSBC kebiasaannya ditawarkan pada kadar premium seperti yuran akaun bulanan dan caj pengeluaran di mesin ATM yang agak mahal.

Perks@Works menawarkan beberapa faedah berikut:-

1. Caj MEPS percuma untuk pengeluaran ATM dimana-mana mesin seluruh negara
2. Tiada yuran akaun bulanan
3. Kadar istimewa untuk pinjaman
4. Tiada caj tahunan untuk kad kredit
5. Jaringan cawangan seluruh negara
6. Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma
7. Pengurus akaun khas

Selain itu ia menawarkan kadar pemindahan baki secara percuma melalui Giro dan Instant Transfer untuk perbankan internet.

Jenis akaun yang ditawarkan adalah akaun Advance dan akaun Premier.

Apa yang paling menarik, HSBC juga menawarkan FitBit percuma untuk pemohon yang layak.

Maklumat lanjut di sini.

Prev PostBidaan online untuk pembeli rumah lelong
Next PostPertukaran nombor channel Unifi TV bermula 1 March 2018

Leave a reply