Real HD Player (RMVB)

real hd player

Saya agak excited untuk mencuba satu gadget yang baru dibeli semalam iaitu Real HD Player. Walaupun ia tidak secanggih Popcorn Hour, tapi saya agak berpuashati dengan kualiti gambar dan suara yang ditayangkan.

Bagi yang tidak tahu, alat ini digunakan untuk menonton digital media seperti movie dan MP3 di televisyen biasa anda. Kebiasaannya, digital media yang dimuat turun dari internet mudah ditonton di PC. Menonton di PC tidak sama pengalamannya dengan menonton di TV.

Jadi alat seperti inilah yang boleh digunakan bagi menggantikan PC dengan TV.

Requirements:-
1. Digital media, samada format .avi, .mkv dan kebiasaan format biasa yang lain. Media ini boleh dimuatkan dalam external hard disk atau thumb drive.
2. Cable. Sekiranya anda mempunya HD TV, maka gunakan HDMI cable, jika TV nya agak traditional seperti TV saya, gunakan cable merah, kuning dan putih (biasa disambung untuk astro atau DVD player).
3. TV

Mungkin ada yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan movie dari internet?

Carian boleh dibuat melalui P2P network atau paling mudah, lawatilah katz.cd. Laman ini dikemaskini setiap hari dengan movie terbaru. Saya menggunakan akaun berbayar rapidshare serendah RM30 sebulan untuk memuat turun dengan lebih laju. Mungkin ada akaun RS yang dijual lebih murah dari itu.

Prev PostBerita terkini Malaysia di Twitter
Next PostExabytes VPS Try & Win Evaluation Day #1

Leave a reply