Rumah lelong – pengalaman sendiri

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk melalui pengalaman pertama membida untuk rumah lelong di Mahkamah Tinggi. Saya dapat peluang ini bila terjumpa satu iklan rumah murah di internet. Bila menghubungi pengiklan, saya dimaklumkan ianya adalah rumah lelong. Oleh kerana harganya agak menarik, saya berminat untuk membuat bidaan. Tapi saya sebenarnya tidak ada sebarang pengalaman berkenaan rumah lelong.

Saya ada buat carian di internet, ada juga mereka yang berkongsi pengalaman, sedikit sebanyak saya belajar dari pengalaman mereka. Tapi baca sahaja tidak mencukupi, perlu biat eksperimen sendiri baru dapat ‘feel’ nya.

Beberapa perkara yang saya buat sebelum memasuki bidaan:

1. Buat lawatan ke rumah berkenaan. Tengok keadaan rumah waktu siang dan malam, juga tinjau samada masih ada pemilik lama duduk di situ. Jika masih ada pemilik yang duduk, mungkin ada sedikit masalah kalau rumah itu dibeli. Nak minta orang pindah bukannya senang.

2. Buat semakan hakmilik dengan pejabat tanah.

3. Bersiap-sedia dengan cara pembayaran. Kalau nak beli cash, mudahlah. Duit sendiri. Kalau nak beli melalui bank loan, kena ambil kepastian dari bank dulu samada ada kelayakan atau tidak. Selain itu buat semakan dengan lebih dari 1 bank, sebab takut-takut loan ada masalah dengan bank pertama, boleh cari dengan bank kedua. Kalau nak buat bayaran melalui EPF, sila pastikan prosedurnya dipenuhi. Syarat wajib EPF, rumah itu perlu dibayar 20%, barulah yang selebihnya boleh di bayar oleh EPF. Perlu dapatkan pengesahan pembayaran 20% dari lawyer yang menguruskan rumah itu.

4. Sebelum tarikh lelong, pastikan 10% deposit dibuat menggunakan bank draft.

5. Pada hari lelongan, datang awal dan perlu daftar di kaunter Mahkamah Tinggi dan serah bank draft. Kemudian tunggu di luar bilik lelongan sehingga dijemput masuk.

Jangan terkejut jika dihampiri oleh pembida lain yang menawarkan untuk anda menarik diri dari bidaan dengan sejumlah bayaran, atau anda sendiri diminta sendiri untuk membayar mereka jika ingin membida dan tidak ‘diganggu’. Sebenarnya mereka cuba untuk nego supaya anda tidak masuk dan menaikkan harga. Ada juga yang saja-saja nak ambil kesempatan dan nak ‘pau’ pembida lain.

Terserah pada anda, jika rumah itu tidak penting sangat, mungkin dengan tawaran RM500 anda sudah boleh pulang dan tidak meneruskan bidaan. Dan jika rumah itu terlalu penting, mungkin mereka akan menekan supaya anda membayar supaya mereka tidak masuk membida.

Pada saya, saya tidak melayan negotiation seperti ini. Lawan bidding, tak perlu nego.

Prev PostHow to get anyone's twitter ID and subscribe to the RSS
Next PostHow to customize facebook profile badge or like box background

Leave a reply