Segerakan Akta Data Peribadi di Malaysia

Dalam banyak hal, kita berebut-rebut untuk mendahului negara lain seperti bangunan tertinggi dan juga Multimedia Super Corridor (MSC). MSC sangat hebat kerana menggambarkan dominan kepesatan ICT di rantau Asia Tenggara. Dan Malaysia banyak memberikan kelonggaran kepada syarikat asing untuk memulakan perniagaan mereka di MSC.

Tetapi sedikit kekurangan yang kita ada adalah dari segi keselamatan dan perlindungan. Perkara ini harus seimbang dengan kepesatan teknologi yang berlaku. Apakah yang telah berlaku oleh kerana tidak ada keseimbangan antara teknologi dan cara melindungi rakyat negara ini dari kesan jahat teknologi itu sendiri:-

1) Orang ramai dihujani oleh panggilan-panggilan komersial yang menawarkan kad diskaun atau pekej percutian, sedangkan mereka ini tidak meminta untuk dihubungi. Persoalannya, dari mana maklumat ini diperolehi oleh para promoter ini? Satu cara yang difikirkan mungkin telah terjadi ialah wujud sindiket tertentu yang mengumpulkan maklumat peribadi orang ramai menggunakan istilah cabutan bertuah atau survey, lalu menjual semula maklumat ini kepada pihak ketiga. Adakah wujud sebarang akta bagi menghalang perkara ini dilakukan?

2) Ada pihak menggunakan data maklumat pihak ketiga untuk memohon pinjaman wang dari badan kewangan bertauliah dan juga yang tidak bertauliah. Berlaku kekacauan masyarakat apabila perkara ini semakin kerap berlaku.

3) Ada pihak di isytiharkan muflis tanpa mengetahui apa sebab perkara berkenaan berlaku.

4) Ada pihak menggunakan maklumat peribadi orang lain bagi menyebarkan fitnah dan ketegangan antara kaum.

5) Pekerja dalam bidang perkhidmatan seperti banking dan telekomunikasi di syaki terlibat dengan sindiket penjualan maklumat pelanggan kepada pihak lain.

6) Laman-laman web atau blog bebas menyiarkan perkara yang melibatkan privasi individu tertentu.

… dan banyak lagi perkara-perkara negatif yang berlaku akibat tidak adanya perlindungan dan peringatan kepada orang ramai. Hari ini pencabulan ruang privasi seperti penggunaan data dan penyebaran bahan komersial tidak dianggap sebagai satu kesalahan dan dibuat secara terbuka. Saya sendiri pernah terbaca satu buku yang dihasilkan oleh seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Internet Marketeer, tetapi bukunya banyak mengajar orang lain untuk melakukan mass-spamming kepada emails dan groups.

Sampai bila masyarakat kita nak dibiarkan macam ni…?

Petikan akhbar Utusan Malaysia hari ini:

Ketiadaan akta sukar lindungi maklumat peribadi

KUCHING, 19 April – Ketiadaan Akta Perlindungan Data Peribadi menyukarkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan maklumat peribadi individu, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusoff.

Beliau berkata sebelum ini ramai yang mencadangkan agar akta itu digubal bagi merahsiakan maklumat peribadi individu namun sehingga kini ia masih belum dibentangkan dalam Parlimen.

“Di Malaysia, tiada lagi peruntukan seumpamanya lagi. Maka apakah tindakan yang boleh kita ambil jika hak peribadi seseorang diceroboh?

“Meskipun terdapat beberapa peruntukan kecil di sana sini dan individu boleh bertindak menurut peruntukan undang-undang yang ada tetapi daripada segi kesahihan istilah perundangan adalah agak sukar untuk kita menguatkuasakannya di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Pendidikan dan Kerjaya kawasan Parlimen Petra Jaya di Pustaka Negeri Sarawak di sini hari ini. – BERNAMA

Sumber di sini.

Prev PostTiltViewer, PicasaWeb & PHP Script
Next PostASB Online dengan Maybank2u

One Comment

  • Fareez Nan

    February 7, 2010 at 4:34 pm

    Saya merupakan webmaster kepada aredsterz community juga merasakan akta data ini penting bagi kepentingan pengguna demi menjaga maklumat-maklumat peribadi mereka.
    seharusnya akta ini sudah lama digubl..

    svgReply

Leave a reply