Semakan produk – Prokas Gold

Sebelum membeli produk Prokas yang terkenal dengan perawatan sakit lutut ini, saya memang ada buat rujukan online. Tapi yang dijumpai hanya testimoni yang berjaya dan bagus sahaja.

Jadi saya dah beli 1 botol untuk kegunaan ibu saya yang tak dapat berjalan dengan baik kerana sakit lutut.

Penggunaannya adalah dengan cara spray dan sapu. Dari segi ini tidak ada masalah. Bau pun tidak busuk, boleh diterima. Cuma selepas 3 minggu sakit lutut ibu saya tak berubah, sama macam dulu. Saya cuma minta ibu guna hingga habis, mungkin ada perubahan nanti.

Jadi setakat ini, review yang boleh diberi ialah produk ini tidak berkesan bagi sakit lutut ibu saya. Niat saya untuk beli botol ke 2 terpaksa saya tangguhkan dulu.

Prev PostAntara Subhanallah & MasyaAllah
Next PostUmrah DIY - apa pendapat anda?

Leave a reply