Sijil Simpanan Premium (SSP) 2018 kurang menyengat

Nota: Update terbaru setakat 26 Jan 2018, berdasarkan komen dari pelawat laman ini saya telah menyemak semula laman web BSN dan mendapati hadiah cabutan paling disukai RM1 juta masih dikekalkan untuk cabutan bulanan. Tahniah BSN!

Apa lagi, jom tambahkan peluang menang RM1 juta.

Tahun 2017 telah melabuhkan tirainya. BSN telah memperuntukkan sekurang-kurangnya 12 juta ringgit untuk hadiah SSP 2017. Ianya sangat hebat dan mengujakan.

Semakan saya tadi ke laman web BSN mendapati hadiah bagi SSP 2018 tidak lagi semeriah dulu.

Terdapat hanya 1 hadiah istimewa bernilai RM1,000,000. Kemudian 5 hadiah berupa kereta MyVi setiap bulan dan sijil SSP bernilai RM125,000. Dianggarkan kos bagi BSN untuk menyediakan hadiah ini adalah sebanyak RM341,500 setiap bulan atau RM5.1 juta nilai hadiah tahunan. Jumlah ini amat rendah dibandingkan dengan nilai hadiah tahun 2017.

Walaubagaimanapun, adalah menjadi hak BSN untuk menukar apa saja terma dan syarat peraduan sesuai dengan keperluan semasa.

Prev PostKnow your personality - lion, otter, golden retriever, beaver?
Next PostApa ada pada Bitcoin?

2 Comments

Leave a reply