Sim card Yoodo tiba dalam tempoh 8 hari

Terima kasih Yoodo kerana menghantar sim card percuma ke Kuantan. Ia telah selamat sampai petang tadi. Saya masih belum ingin mengaktifkannya. Ini kerana saya bercadang mengekalkan nombor lama buat ibu saya, tetapi dia tidak berada di sini sekarang. Mungkin akan diaktifkan dalam tempoh beberapa hari lagi sebelum saya pulang ke kampung sempena cuti tahun baru Cina.

Saya memang berminat menggantikan dengan pakej yang digunakan sekarang kerana harga airtime Yoodo memang murah – cuma RM12 untuk 2000 minit. Cuma apa yang patut diusahakan oleh pihak Yoodo adalah airtime customization antara 200 minit ke 2000 minit. Tidak ada yang diantaranya. Masih belum benar-benar #bebas 😉

Prev PostApp. war - Unifi Mobile vs. Yoodo
Next PostUnifi - promosi awal tahun 2018

Leave a reply