Suney Man Shop – sini tak potong kaki seluar

Kedai pakaian lelaki di tingkat 2 Kuantan Parade. Pemilik kedai ini (rambut asal hitam tapi celup jadi kuning) memang seorang yang luar biasa. Gua baru saja melangkah masuk kedai, dia yang dari tadi tercongok dok susun seluar terus je sound gua, “Sini tak potong kaki seluar…!”, sambil usher gua keluar kedai dia. Hebat brader Cina ni buat tilikan. Macam mana dia boleh tahu niat di hati gua. Rupanya memang gua bawak satu beg plastik dalam tu ada seluar nak potong kaki. Ini kompani punya pasal la nak buat tema rambo masa gala nite Sabtu depan ni. Tak pasal-pasal gua dah beli seluar rambo dan boot half cut malam tadi kat bundle depan UTC. Hari ni apa bertuah dapat pulak jumpa brader rambut kuning. Pandai tul dia layan pelanggan. Nasib baik gua tak rambokan dia.

image

Teringat pulak pasal kempen BCL yang sedang dijalankan sekarang. Kalau macam tu gayanya, memang patut pun kita sokong. Gua memang buat silap hari ni sebab pergi kedai dia dulu. Patut survey dulu kat tingkat 3 ada kedai author seluar Melayu. Brader ni memang sporting. Dia pun kasi masa setengah jam je nak siapkan. Sempat la gua menulis pasal ni sementara tunggu seluar siap.

Prev PostHow to disable google search suggestion/autocomplete?
Next PostSkybox dah tak boleh jual?

Leave a reply