Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC) – apa pendapat anda?

Saya baru balik dari perjumpaan bersama beberapa orang promoter SGIVC di Swiss Garden Kuantan. Ini adalah hari yang sangat bersejarah kerana terbukanya hati saya untuk menghadiri sesi promosi ini. Kumpulan promoter ini telah berpuluh kali (ya sungguh… berpuluh kali) menghubungi saya sebelum ini tetapi tidak pernah saya endahkan. Sehinggalah dihubungi oleh seorang promoter minggu lepas namanya Mira. Sebenarnya bukanlah kerana Mira, tetapi kebetulan saya sedang terfikir nak bawa ke mana anak-anak jalan-jalan hujung minggu, alang-alang nak pantai..so kira jadi sajalah hari Ahad pukul 5.00pm. Lagipun kata Mira, dia nak berikan saya voucher percuma penginapan di Swiss Garden KL, Kuantan atau Lumut. OK good deal, bawa jalan anak-anak ke pantai dan dapat voucher percuma. Why not. Cuma ‘harga’ yang perlu dibayar ialah meluangkan masa selama 45 minit untuk mendengar promosi terkini mereka. Saya agak dapat menduga jenis promosi apa yang akan dijalankan, jadi saya berterus-terang sahaja dengan Mira bahawa saya tidak akan membuat sebarang pembelian ataupun pembayaran. Setuju.

Selepas seminggu, phone berdering dan panggilan dari Mira mengingatkan temunjanji esok. Keesokannya, ada panggilan lagi kali ini dari orang lain namanya Fiza, mengingatkan tentang temujanji petang ini. Saya tetap saja mengingatkan mereka untuk tidak mengharapkan saya membayar apa-apa, kerana saya ke sana untuk tujuan mengambil voucher percuma itu sahaja. Setuju.

Jadi saya telah hadir, dijemput oleh Fiza di lobi hotel. Dibawa ke satu bilik perbincangan dilengkapi beberapa meja bulat. Beberapa meja telah sedia dipenuhi oleh keluarga lain, masing-masing dengan promoter yang sibuk menerangkan tentang sesuatu. Fiza membawa saya dan keluarga ke satu meja kosong, diminta mengisi borang pengeluaran voucher. Apa yang menarik, saya perlu mengisi lebih kurang 7 nama rakan-rakan berserta nombor telefon mereka dalam borang ini. Saya kira inilah tukarannya. Voucher ini tidak percuma, ia ditukar dengan masa promosi selama 45 minit dan 7 nama prospek baru. OKlah, sekurangnya saya tidak perlu bayar apa-apa.

Seterusnya saya diberi penerangan oleh seorang promoter lain bernama Kak Nor. Sopan dan berpengalaman orangnya. Secara dasarnya SGIVC ini menjual keahlian yang mana ahli boleh melancong ke serata dunia dengan penginapan percuma di hotel-hotel yang disenaraikan. Jumlah hari adalah 7 atau 14 hari setahun, bergantung kepada pemilihan pakej dan jumlah bilik dalam sehari. Saya mendengar dan menjawab dengan sabar, sebab Kak Nor menerangkan tentang benefit dan sebagainya, tetapi tidak menerangkan tentang persoalan paling besar yang saya nak tahu iaitu harga pakej. Sepanjang perbualan, saya ada bertanya sekali tentang harga tapi Kak Nor ini orang yang berpengalaman, jadi dia tak jawab secara langsung sebaliknya berpusing-pusing pada perkara lain. Ini adalah satu teknik penjualan, melambatkan info tentang harga sehingga pelanggan meron-ronta nak tahu harganya. Masa itulah yang terbaik untuk push dan close sales. Tapi Kak Nor tak tahu, saya dah 14 tahun dalam bidang jualan (bukan riak!), sedikit sebanyak teknik-teknik ni saya dapat hidu. Jadi saya biar sahaja Kak Nor dengan ceritanya, sehinggalah dia sendiri yang bertanya jika saya berminat nak tahu tentang harga. Dan akhir sekali Kak Nor minta IC saya untuk dia keluarkan voucher seperti yang dijanjikan. Sehingga voucher dikeluarkan, harga pakej masih juga tidak dibincangkan dan Kak Nor bertanya adakah saya masih berminat nak tahu tentang harga. Sudah tentu, alang-alang saya ke sini biarlah saya dapat maklumat penuh.

Datang pula promoter yang lain (maaf tak ingat nama) bercerita tentang harga. Ringkasannya begini:

Pakej Gold
Harga: RM28,000
Diskaun: RM8,000
Bersih: RM20,000
Deposit: RM2,000
Balance: RM18,000 di bayar secara ansuran selama 4 tahun iaitu RM375 sebulan.

Jika deposit hanya RM2,000 hari ini perlu ambil masa selama 1 tahun sebelum boleh gunakan facility di luar negara. Jika deposit RM6,000 boleh terus guna membership di luar negara.

Jika pakej Gold agak mahal, ada pakej yang lebih murah iaitu:

Pakej Starter
Harga: RM20,000
Diskaun: RM10,000
Bersih: RM10,000
Deposit: RM1,000
Balance: RM9,000 di bayar ansuran selama 48 bulan iaitu RM187.50 sebulan.

Beza di antara kedua pakej ini ialah untuk pakej starter, anda cuma boleh bercuti selang 2 tahun.

Sampai di sini, saya berterus terang kepada promoter saya tidak nampak sebarang value untuk saya bersetuju dengan keahlian yang ditawarkan. Mungkin saya tidak memerlukannya buat masa sekarang.

Tadi saya telah melakukan carian Google berkenaan SGIVC, dan berikut perbincangan laman web lain yang mungkin anda berminat untuk tahu:-

http://dinainul.blogspot.com/2009/07/sgivc-swiss-garden-international.html
http://sossgivc.blogspot.com/
http://myvacationclub.blogspot.com/2008/05/swiss-garden-vacation-club.html
http://untuqsemua.blogspot.com/2012/11/pengalaman-telemarketing-bersama-swiss.html
https://www.facebook.com/pages/Victim-of-Swiss-Garden-International-Vacation-Club-Malaysia-SGIVC/351053848267229

Saya tidak ada sebarang komen negatif atau positif berkenaan perkara ini, perkongsian info ini hanyalah sekadar pengalaman persendirian.

Prev PostAstana View Homestay/Guest House di Agoda.com
Next PostCarian hotel setempat, Malaysia atau lokasi lain

113 Comments

  • Saleh

    June 2, 2017 at 3:53 pm

    Ada sesiapa nak beli membership sgvic beli dgn saya sambung bayar ada 1 tahun setengah lg. percutian x pernah guna lg… pakej gold 7 hari/tahun .. payah nk mohon cuti kerja.. whatsapp saleh 0195725008

    svgReply
  • fatiha

    May 19, 2017 at 8:08 am

    baucet yg dijanjikan masa mula2 dapat x?

    svgReply
    • Basri MY

      May 19, 2017 at 8:13 am

      dapat. tapi tak dapat saya gunakan atas sebab-sebab tertentu.

      svgReply
  • Amin

    April 13, 2017 at 10:35 pm

    Assalamualaikum dan selamat petang,
    Isteri saya dah masuk dan bayar deposit rm2k bulan 7 tahun lepas. 1st installment September 2016. Pakej Gold. Bulanan rm402.80. Bayar selama 4 tahun. Masa dia promo tu kita cuma fikir bagusla sebab dalam 30 tahun tu boleh lagi dapat harga murah. Tapi bila fikir balik saya sekeluarga memang pun suka pergi hotel yang best cuma bila kena book sampai 6 bulan hingga 1 tahun untuk pastikan dapat tu jadi memikir panjang la. Kami pulak tak suka macam kita pula kena ikut masa sgi bukan dia kena ikut plan bercuti kita. Tuan dan puan rasa kami patut jual tak? Ada cara untuk cancel kan tak? Sebab kami rasa tak seronok macam tu.
    Tapi mungkin la macam ada komen yang sebelum ni ada yang bersetuju dan tak ada masalah untuk book lebih awal.
    Hubungi saya amin.reen@gmail.com kalau ada yang berminat dan beli daripada kami. Harga boleh runding. InsyaAllah. Terima kasih.

    svgReply
  • putra

    March 17, 2017 at 1:46 am

    alamak sy baru je join.banyak komen negetive dr positive.. dah bayar 1500.. so haruskah sy bayar bulan2 or terminate terus je…

    svgReply
    • Basri MY

      March 17, 2017 at 7:23 am

      tak silap saya jika Tuan bari beberapa hari join, masih ada masa bertenang iaitu masa untuk pilih samada cancel dan dapat refund atau terus kekal bersama club. Tuan boleh rujuk club sendiri atau rujuk tribunal tuntutan pengguna.

      svgReply
    • S Khalid Mohamed

      October 24, 2017 at 9:29 pm

      Saya tlah menjadi ahhl dh 15 thn (mem no 12020) dn pengalaman yg amat posif. Sya tlh mendapat tempahan seawal 2-3 minggu shj. Ya, btul ruang utk tempah hinggaa 6 bulan tapi tk perlu ttunggu hingga 6 bln

      svgReply
    • NORMALA HAMZAH

      February 12, 2019 at 3:37 pm

      terminate sbb saya dah byr habis RM18,000.00. Maintanance service tak bayar (RM400.00 sahaja) membership saya terminated tanpa menghantar surat berdaftar. Lebih baik invest dalam mana-mana Fix Deposit. Ada faedah.

      svgReply
      • Priyaa

        September 21, 2019 at 3:11 pm

        I had very nasty experience with SGI vacation club. My husband is the main member and I’m the subsidiary member. All the while SGI vacation club have been sending email on promotions and good deals to both me and my husband. However, the reminder to pay monthly installment was only send to my husband’s email account and I didn’t receive a single email on this! which I’m not sure why?? My husband’s father recently passed away and he as the eldest child had to take care of both official & unofficial issues pertaining his family and during this while my husband didn’t have any time to check his emails. Guess what happen, they terminated our account and we only reliaise it 1 month later when my husband called their credit center. They gave reason that, they had called & emailed him but no reply the account was auto terminated due to overdue installment. We asked them if they other ways to appeal to retrive the account but they gave us cold shoulder and said nothing can be done. The guy from credit centre even said , I have already told your husband nothing can be done and you are calling again, the answer is the same, ‘NOTHING CAN BE DONE’ he emphasized, unless you want to take up a tribunal or a lawyer to fight up the case!. He refused to listen more when I told him the reason for delayed payment and when I asked him the reason why no reminder email was sent me which could have helped us to avoid this situation! He said this is the procedure, no way to help me.
        All the sweet talk when signing the contract and now vice versa.. We lost all the money we paid them without enjoying the benefits, really frustrating.
        I don’t understand why they can’t send a black and white reminder letter to house address instead of emails which might be mistakenly not seen.

        svgReply
  • UK

    February 17, 2017 at 10:12 am

    NEVER BE NEXT VICTIM. NOT WORTH AT ALL.

    svgReply
  • diana

    February 8, 2017 at 11:11 am

    Mmg rugi beli. Sebab tak berjalan pon. Sibuk ngan ank2 & kerja.
    Sapa2 nak beli membership sgiv ni bole contact sy 0174323569.
    Sy punya pakej gold

    svgReply
  • Mohd

    January 26, 2017 at 5:07 am

    Hi..saya nak beli room entitlement. Plan nak book swis garden lumut.

    2 bilik. 3d2n stay on mid feb (cek in sat-mon)
    2 bilik. 3d2n stay on April – for my sis.

    Budget Rm 70-80/night.
    At least dpt cover maintenance fees.

    Email me asap. Tq

    svgReply
  • Leonard

    January 23, 2017 at 6:44 pm

    I refused to pay maintenance fee last year & plan to terminate this worthless membership that is only know collecting money from “members” but did not offer anything good instead getting worse every year, at the same time increase maintenance fee gradually. I did not see the value in maintaining the membership especially when it close to the expiry date. If you sell cheap, you need to pay 10% of the market value of membership (the higher it is you pay more). Question is how much you can sell if the membership is left 17 of 30 years? As the matter of fact is, you find NO ONE to buy your membership even you let go at 80% discount.

    svgReply
    • NORMALA HAMZAH

      February 12, 2019 at 5:42 pm

      agreed. it happened to me…worthless

      svgReply
  • Azhar

    January 21, 2017 at 10:51 am

    Hari ni pttnya ada perjumpaan sgi ni…seb baik isteri teragak nk survey dulu. Sbb takot skim MLM
    Bila da baca suma komen…mmg xpe la
    Baik booking kat agoda cam biasa…tq for info

    svgReply
  • Seri

    January 13, 2017 at 7:21 am

    Sgi vacation jahanam…. Subject to availabiliity buat ramai member mati. first come first serve sgi vacation club kata kenapa member tak baca agreement and prospektus? Kenapa masa jual tak sebut ini semua? Kenapa sales talk tak mention kena buat 3 to 6 months advance booking? Advance booking member dpt bilik standard utk advance payment. Instant payment agoda dpt deluxe. Mana member benefitnya?? Membership 20 tahun nk pergi hotel yg sama ke? Bayar ribu-raban boleh bagi org lain pakai…. kata sgi jahanam… kalau sgi bankrupt member ikut bankrupt…. lost! Banyak timeshare yg da bankrupt puuun… rasa da bankrupt krn bilik tak memanjang tak ada.

    svgReply
  • Husna

    November 5, 2016 at 1:18 pm

    Saya dag beli dan dah habis bayar.saya nasihat kan rak payah le tertipu dgn sgvic ni..tak berbalou lansung.bilik.yg available tak pernah dua increase…tapi dia still buat marketing…cobtoh bilik 10 biji member 100..so mmg susah nk.dpr bilik…kena bayar oulak maintenance fee wlupun kita x dpt guna bilik….klu tak bayar maintenance fee…aoto dia akan cancel.kita pubta membership……so x payah le …

    svgReply
    • Che na

      April 10, 2019 at 10:18 am

      Setuju2… teruk betul . Tak dpt guna pon

      svgReply
  • SURAYA

    October 14, 2016 at 11:16 am

    TERBARU>
    SAYA PAKEJ PLATIUM SEJAK 2008.
    BANYAK ENTITLEMENT YANG TAK DIGUNAKAN.
    TETAP BAYAR ANNUAL MAINTANENCE FEE SETIAP TAHUN
    2016 ni. AKAUN SAYA DIBATALKAN HANYA KERANA LAMBAT BAYAR ANNUAL MAINTAINENCE FEE SELAMA 13 HARI DARI TARIKH AKHIR PEMBAYARAN 30 SEPTEMBER 2016.

    BILA DITANYA SEJAK TUKAR MANAGEMENT BARU MMG COMPANY AKAN TERMINATED JIKA LAMBAT BAYAR. SAYA JUGA ADA MEMBERS CLUB PALACE OF THE GOLDEN HORSES. TAPI WALAUPUN LAMBAT BAYAR ANNUAL MAINTAINENCE FEE XDE PLAK DI TERMINATED AKAUN.

    MEREKA KATA ADA TERTULIS DALAM AGG> ADA SESIAPA YANG BOLEH BAGI PENCERAHAN ATAU YANG TERKENA SAMA SEPERTI SAYA?

    SAYA RASA SANGAT UNFAIR. KITA BUKAN BAYAR SERIBU DUA. KITA BAYAR PULUH RIBU

    svgReply
    • UA

      September 10, 2019 at 5:43 pm

      baru jer kena serupa. Apa langkah yang anda ambik. please share

      svgReply
  • Org kk

    October 11, 2016 at 8:20 pm

    Sy ada membeli pakej dgn sgiv ni..selepas 3 bln menjadi ahli sgiv hati sy rasa ada tak kena so sy dtg la ke ofis sgiv kk utk batalkan keahlian sy. Staff sgiv meminta sy utk bertahan sehingga setahun sbb kalau dlm tmpoh krg setahun sy xakan mendapat apa2 pulangan wang. Sy pun tunggu la dgn membyr bulanan. Selepas setahun sy dtg kembali ke sgiv kk tiba2 pula staff yg bgtau sy utk bertahn lagi setahun tu pun dah resign. Dia pass pula kes sy ni dgn rakan nya yg lain. Yg lebih senior dr dia. Rupa nya kalau nak jual balik membership dlm masa setahun tu bole dgn syarat ada org nak beli. Belum tentu ada org nak beli katanya padahal wktu dia jual dulu dia kata berebut2 org nak beli kalau u nak jual balik nti. Skg, kalau sy batalkan sja hbis la 5k tu lenyap bgtu saja. Sy sgt2 kecewa dgn sgiv terasa seperti ditipu.. Mereka asyik salahkan sy,mereka kata sy rsa rugi sbb tak gunakan privilege yg diorg dah bg iaitu 7 hari penginapan percuma. Tp masalahnya 7hari penginapan tu cuma boleh diperolehi bila dah capai 30% pembayaran. Sblm sy nak batal kan nak guna 7 hari tu pun ada ja alasan dorg skg bila nak batalkan tetiba pula dah smpai 30%. Aduhhh…. Jadi pada siapa2 yg terasa nak jadi member tu baik fikir la beratus kali. Buat apa sy byr utk setahun kalau dorg berterus terang yg sbenarnya sy akan rugi. Jahat betul.

    svgReply
    • S Khalid Mohamed

      October 24, 2017 at 9:40 pm

      Bg saja otoriti VISA CARD. Jgn takut penipuan!!! Staf honest dn helpful

      svgReply
    • Gadis melayu

      January 22, 2019 at 11:11 am

      En. Berjaya x jual share atau burn saje x dapat ape2? Macamana cara nak terminate?

      svgReply
  • ML

    October 8, 2016 at 7:23 pm

    Hi, saya ingin menjual membership SGIVC platinum, baki 19 tahun. Saya jarang guna entitlement 14 hari setiap tahun, memang bazir untuk saya simpan. Willing to let go and transfer at very good discount, murah berbanding harga market value sekarang. Ada sesiapa berminat, silakan bagi nombor contact, saya akan hubungi anda. Terima kasih.

    svgReply
  • Hafiz G

    September 23, 2016 at 11:40 pm

    Saya dah jadi member sejak tahun 2003. Masa tu harga gold full baru rm13,000 untuk 30 tahun. Hotel pun masa tu banyak yang best2 dan free. Yang kena bayar pun 3 ke 4 star tak sampai rm100 most of the time. Awana genting apartment siap jacuzzi dlm master bedroom, Awana kijal apartment, swiss belhotel nusa dua bali, banyak lagi lah.. Tapi sekarang ni list of hotel sangat teruk!! Tak faham macam mana dia boleh adakan segment ‘rental’ tanpa perlu potong our entitlement. Dan bila check, yang rental under sgivc lagi mahal daripada booking.com. ??? Tahun ni juga diorang ketatkan rules, kena at least book untuk 2 malam. Dulu2 bosan2 boleh juga book satu malam damai laut hujung minggu biasa. Sekarang dah tak boleh. So kalau nak utilise entitlement pun mmg payah.. Saya memang kaki travel, setahun 4-5 kali jalan asian (terima kasih airasia hehe) , tiap2 tahun ke bali, masa ni je la saya akan utilise. Itupun jayakarta bali dah 4 kali stay, rama candidasa dah 2 kali.. Bangkok dulu ada few options, sekarang grand tower inn itu aja lah tak berubah since bertahun2… Sejak saya join dulu saya selalu tanya bila nak tambah lokasi di pulau2 pantai timur malaysia. Jawapan dia macam ada harapan lah satu hari nanti akan ada. Tapi dah 13 tahun menunggu, bagai menunggu bulan jatuh ke riba aja.. hotel2 yang ada pun dah ditamatkan, nak tambah jauh sekali la. Cuma satu aja, kalau saya tak join dulu2 saya rasa sampai sekarang saya travel oversea akan cuma cari tempat backpack aja, sebab saya solo backpacker dan travel pun biasanya 5-10 hari. Tapi since dah ada tempat2 yang ada hotel free ni, at least dapat la 2-3 malam terakhir sebelum balik malaysia tu stay kat hotel yang best2 sikit… kira backpacker in style jugalah hehe..

    svgReply
  • HAFIZ

    June 20, 2016 at 4:21 pm

    Ni cuma cadangan saya…kalu pandai..iklan kan kat kwan2 sapa nk rasa tido hotel swiss garden dengan harga RM 250.++…..klau rasa x de org nk beli, boleh bg je pakej penginapan tu kat adik beradik sebagai hadiah…dpt la erat kan silaturahim..

    svgReply
  • HAFIZ

    June 20, 2016 at 4:06 pm

    Pada saya bergantung pada individu..ada yg untung, ada yg rugi…contohnya mcm ambik insuran..ada yg untung dan ada yg rugi..klu kerap masuk hospital, boleh la beli insuran dan dia akan untung..tp klau x pernah msuk hospital, dia beli insuran juga kan rugi…sama mcm kad ni…

    svgReply
  • Kamaruddin Bin A Rahman

    June 16, 2016 at 12:05 pm

    Saya ahli dah lebih 3 tahun, saya sangat berpuashati dgn hotel2 mereka terutama di Bali, dah 3 kali ke sana, Rama Candidasa sangat cantik di waktu senja, manakala Club Bali Jayakarta ada pantai yg menarik. Setahun 2 kali saya ke Kuantan untuk ziarah keluarga sambil berehat di Balok, sangat cantik tempatnya, setakat ini tiada masalah dgn mereka. Jika ada anak-anak saudara yg kahwin saya akan hadiahkan kpd mereka sebagai honeymoon, saya rasa berbaloi. Cuma kalau tuan-tuan kerja 9-5 saya rasa x perlu lah join, kerana sukar nk habiskan entitlement, bukan nya x berbaloi cuma jika tiada masa kenapa nak join vacation club.

    svgReply
    • Basri MY

      June 17, 2016 at 8:48 pm

      Input dari Tuan ini sangat berguna, pandangan dari sudut berbeza. Terima kasih.

      svgReply
  • ANI

    May 20, 2016 at 5:14 pm

    Baru jd ahli. dh bayar 2k lebih. Rasa tak nak lh pulak. mcm mana nak buat ye, rugi rasenye

    svgReply
    • Joe

      February 17, 2021 at 12:22 am

      Anyone who wish to sue sgvc in consumer turbinal can whatsapp me at 012-9627888. We can create a whatsapp group to share & discuss in here. Tq

      svgReply
  • svk

    May 9, 2016 at 5:12 pm

    When I become as a platinum member I invested 25k with lots lots of promises and attraction.Today I realized non service charge hotel reduce tremendously and same goes to affiliated hotel reduce and the fees exorbitant. With reservation via booking .com,Agoda and etc being cheap. Time to time new rules introduced such min booking two nights ,overseas no nominee bookings. Whats going?Reservation always full even a month or two. Do we deserve such kind of package all to the benefit of the of the vacation club management.

    svgReply
  • Auliana

    April 24, 2016 at 9:20 am

    Sy sndri dh jd ahli.so far dh guna entitlement 7days stiap thun tnpa gagal.sbb?sbb sy buat booking awal,hotel alhmdulillah sntiasa dpt cek in..thn ni sy bg kt fmly kakak utk guna pula.last year dh merasa g australia.alhmdulillh rzeki jd ahli sgivc ni,kna pndai merancang.sy join dgn hrga yg rndah tp boleh guna 30tahun.(cntoh stiap thun kita hbiskan RM1000 min utk bilik,kalau 30thn,dh RM30,000..tp bilik xtntu lg dpt yg ok ke x.ikut pngalaman sy sndri.dlu bilik RM50,skrg bilik plg murah RM90 tp kualiti?ummmmm)yg pastinya p jln2,bilik selesa,puas hati,anak2,mak,n family pn enjoy our trip..drpd 2969 resort dlm 80negara,rsa2 xsmpat nk tour kot.tp sy grab lah peluang ni.bnda dh murah.boleh upgrade pakej lg.mmg besttttt..sikit xnyesal.30thun xpk dh psl costing coz duit kita pn xtntu kdg2 naik turun.so far,sy mmg brsyukur sbb dpt sales staff yg friendly dr sgivc sg.petani..dia jd mmber sy dh skrg ni.he3

    svgReply
    • afi

      October 4, 2016 at 12:42 pm

      hi, kalau rasa berminat /kenalan2 anda untuk membeli satu lagi “membership gold” boleh contact saya. tq. dengan harga yang boleh di runding

      svgReply
  • Idhala

    April 13, 2016 at 12:55 pm

    Saya nak jual SGIVC member gold 7day/years ( 5 weekday + 2 weekend ).
    Dah bayar habis – every year bayar maiantenance aje.
    15 tahun aje.
    Whatapps – 0197575340.

    svgReply
  • Idhala

    April 13, 2016 at 12:54 pm

    Siapa nak jual SGIVC member gold 7day/years ( 5 weekday + 2 weekend ).
    Dah bayar habis – every year bayar maiantenance aje.
    15 tahun aje.
    Whatapps – 0197575340.

    svgReply
  • Idhala

    April 13, 2016 at 12:48 pm

    Saya jadi ahli sejak 2001 – pada mula2 nak join memang promoter tu janji bulan dan bintang. Dia kata kalau ada masalah nak buat reservation tu call dia boleh tolong. Mula2 ok la.
    Sekarang ni nk booking kena setahun lebih awal itu pun full book.
    Hotel yg ok 2 aje swiss garden residence KL dan swiss garden Kuantan yag lain standard 2 bintang and lokasi x bagus.
    Biasanya hotel ni org akan gunakan pada weekend,public holiday & cuti sekolah aje.
    Saya rasa memang x bebaloi.
    Macamana kita nak jual entitlement kita sedangkan nak booking date yang dikehendaki tu xdapat.
    Saya rasa ahli dah ramai sedangkan hotel reserve untuk ahli xbertamabah.
    Saya pernah buat reservation xdapat dah full book. Bila saya call hotel direct masih ada kosong untuk ahli sgivc full book.
    Dulu members stay kt sgivc KL RM150 per night but now RM200++ forgot exect amount.
    Saya xgalakan join..
    Saya selau travel KL tapi xdapat guna entitlement sebsb full book.
    Before join as a members please consult with friends and if u think this is invesment is not worth it.
    TQ

    svgReply
  • Kamaruddin Bin A Rahman

    March 28, 2016 at 2:19 pm

    Saya ahli yg telah menyertai sejak 2013, saya fahami penerangan yg diberikan & menyertai pakej platinum full, daya tidak menghadapi sebarang masalah dengan mereka, tempahan saya dibuat melalui website awal seperti yang mereka cadangkan, iaitu setahun untuk home based dan 6 bulan untuk luar negara, saya ke resort Kuantan secara berkala dua kali setahun dan Bali setiap bulan december, di Bali mereka ada 3 pilihan resort. Saya masih ada baki yang dibawa ke tahun berikut, saya rasa jika anda mampu bercuti ianya berbaloi, tidak timbul soal bercuti ke tempat yang sama kerana resort yang tersenarai pun belum dapat saya habiskan. Anda perlu fahami apa yang ditawarkan, bukannya membuat membuat keputusan kerana voucher percuma.

    svgReply
  • Che Norsarwani

    March 17, 2016 at 6:16 pm

    Saya pun menyesal ambil pakej ini. Jadi… Kita yg dh TERTIPU dengan janji manis swiss garden ni… Eloklah sekiranya kita war2 kan kepada orang ramai supaya jangan lagi memberikan no tel rakan/ saudara mara utk mereka hubungi. Selaginkita beri… Makin ramai yg akan ditipu nanti…

    svgReply
  • lola

    March 9, 2016 at 11:12 am

    Saya bru join,
    Sudah bayr dkt half,
    saya just nmpak kelebihan nya kita bolh jual malam kita,, if jual dlm negara tidak dpt keuntugan sgt better jual luar negara saya bru nak try this.. if benda nie menjadi saya akan share.

    svgReply
  • Godfather

    November 24, 2015 at 9:27 pm

    Memang betul voucher yg diorng bagi… Diorng mintak nama, no phone kawan2 kita untuk diorng close up…Tp ada sesetengah diorng tak profesional… duk call, ganggu kawan2, ahli keluarga saya…duk sibuk tanya hal peribadi, mengorat dan ada kepentingan sendiri… Tunggu masa nk jumpa lawyer je ni…

    svgReply
  • yati

    November 15, 2015 at 9:51 pm

    Saya baru jadi ahli minggu lepas. Masa promosi, katanya selain 7 hotel sgi, ada beratus lagi rangkain hotel lain yg mana ahlinya boleh menginap. Tapi panflet tu, tidak diberi masa bagi deposit. Saya whattssp, tapi promoter tu tak balas2. Masa nak suruh joint dulu senang sgt nk contact.

    svgReply
  • syaz

    November 15, 2015 at 12:03 pm

    salam semua.. Sy baru he join Minggu Ni.. Rasa menyesal la plak.. Dah bayar 1k. Kalau nk quit je boleh ke? Nape la sy x baca blog2 Ni dulu before attend benda tu.. Skrg rasa menyesal sgt..

    svgReply
    • Saiful

      July 24, 2018 at 5:59 pm

      Betul2

      svgReply
  • Safiyyah

    November 5, 2015 at 7:33 pm

    Terima kasih utk perkongsian info. Sesiapa berminat nk menggunakan keahlian saya, sila wasap 016-4767073. Blm lg gna entitlement yg expired 3 february 16.. kesihatan dlm keadaan kurang mengizinkan untuk bercuti

    svgReply
  • faisal

    October 29, 2015 at 4:31 pm

    Ada sesiapa nak beli membership sgvic beli dgn saya sambung bayar ada 3 tahun lg. percutian x pernah guna lg… pakej gold 7 hari/tahun .. payah nk mohon cuti kerja.. whatsapp 01133752845

    svgReply
  • ros

    September 14, 2015 at 3:23 pm

    saya baru jadi membership..saya jadi member masa matta fair hari tu di PWTC..rasa sgt menyesal…sbb rasa x berbaloi akan ke hotel yg sama setiap kali nak cuti..tapi saya nak tanya boleh ke kita batalkan membership ni..adakah duit tu kita dpt balik even separuh?biar rugi dari rugi banyak..RM 15K punya membership

    svgReply
  • SANJAY

    September 10, 2015 at 2:06 pm

    HI SEKALIAN…..
    SAYA PUN SALAH SEORANG MEMBER SEJAK 2012 .. SAYA TELAH MENJADI AHLI STARTER… SAYA TELAH MEMBELI PAKEJ TERSEBUT DI MAATA.FAIR KAT PENANG…. WAKTU DEPA PROMOTE.. DEPA INI.CAKAP MACAM MACAM APA.APA YANG DI TANYA.SEMUA PUN BOLEH… TAPI..SETELAH JADI MEMBER, SAYA.BERASA MENYESAL… UTK BOOKING BILIK SANGATLAH PAYAH… SETIAP KALI CALL UTK.BOOKING SENTIASA FULL.. JADI MACAM MANA SAYA.NAK GUNA.FREE.STAY.SAYA…AHKIR.NYA.BURN…
    DAN STAFF BERNAMA.HALIM YANG JAGA UNIT RESERVATION ITU SANGAT KURANG.AJAR..INGAT.DUIT.MAK BAPAK DIA.KER… .TIADA CUSTOMER.FRIENDLY.LANGSUNG…. KALAU TAK MAU PROVIDE SERVICE TAK.PAYAH AMBIL CUSTOMER…SAYA.LEBOH GEMBIRA JIKALAU MEMBERSHIP SAYA DIBATALKAN SAYA.DAPAT.BALIK DUIT SAYA.WALAU PUN SEPARUH….
    BENDA.INI MEMANG MENIPU…..SUKA.GUNA TAKTIK KOTOR UTK MENDAPAT PELANGGAN..

    svgReply
  • shida ramli

    August 24, 2015 at 12:32 pm

    en.basri ambk x voucher tu.. betul ke percuma.. sy penah dpt panggilan mcm tu

    svgReply
    • Basri MY

      September 8, 2015 at 10:56 pm

      ambil, tapi sayangnya tak sempat nak merasa dah expired.

      svgReply
      • Ida

        December 8, 2018 at 3:44 pm

        Kalau ambil voucher tapi tidak jadi ahli boleh ke?

        svgReply
  • koay

    July 4, 2015 at 10:27 am

    Suraiya, nak jual ke ? wasap sy 0194485541

    svgReply
    • afi

      October 4, 2016 at 12:52 pm

      hi koay,

      sy berminat untuk jual
      tq

      svgReply
  • koay

    July 4, 2015 at 10:25 am

    Siapa nak jual SGIVC boleh hubung / wasap sy kat 0194485541

    svgReply
  • nor

    June 3, 2015 at 4:22 pm

    sy pun salah sorang ahli..dan smpai skrg rase menyesal sbb jd ahli club swiss grden..spe nk beli voucher bilik meh wasap sy..012 2187354

    svgReply
  • amir

    January 4, 2015 at 5:18 pm

    Siapa yang ada kad tu tak guna, boleh jual voucher kt sy.. Whatsapp 0137467075.. Urgent use

    svgReply
  • seri nadiaaaaaa

    October 19, 2014 at 3:43 pm

    salam, kalau anda rase rugi selepas menjadi ahli club swiss garden. jualkan aje voucher2 tuh. iklankan and sure ade org beli. ibu mertua sy ahli club SGVIC. so slalu jual kat anak2 atau sedara mara n nk pegi.. sape berminat nk jual voucher bilik tuh, bole call sy. sy nk guna dua tiga bilik bulan nov nanti utk adik ipar kahwin. bole call sy, 0122456020 sms, viber or whatsapp. – seri

    svgReply
  • Suraiya bt Hashim

    October 2, 2014 at 11:59 am

    Siapa nak beli membership Swiss Garden ni beli kat saya je la…..Sy nak pakai duit….Saya pun x berapa nak pegi bercuti…

    svgReply
  • RAHIMAH HARON

    August 8, 2014 at 12:57 pm

    Saya menyesal kerana join SGVIC ni.Tak berbaloi dengan jumlah yang telah dibayar.Destinasi percutian makin sikit dan asyik yang itulah tempatnya.Lebih baik book hotel terus sebab sekarang macam-macam promo dan jauh lebih murah,pilihan destinasi pun banyak.Tiap2 tahun bayar maintenance fee-entah apa yang di mantain pun tak tahulah.Menyesal tak sudah!

    svgReply
  • Khairiah

    August 7, 2014 at 12:00 pm

    Saya juga salah seorang ahli.
    Pada pendapat saya, ia tidak berbaloi kerana seperti yg saudara Fuzi katakan, destinasi yang di tawarkan terlalu sedikit baik dalam atau luar negara.

    Destinasi percuma semakin berkurangan.

    Destinasi lokal yg mana sebelum ini ditawarkan dengan potongan entitlement serta surcharge yg rendah telah ditukar dengan rental destination di mana tiada potongan entitlement dengan bayaran surcharge yg lebih tinggi dan agak kurang competitive compared to harga pasaran yg di datangkan dengan free breakfast.

    svgReply
  • Basri MY

    August 2, 2014 at 2:44 am

    Perkongsian dan real experience dari Fahmi, terima kasih.

    Sedikit update berkaitan:- saya tak sempat nak guna free voucher yang dibekalkan oleh SGIVC, dah expired pun. Tak ada rezeki nampaknya.

    svgReply
  • Fahmi

    August 1, 2014 at 4:48 pm

    Saya juga salah seorang ahli.
    Pada pendapat saya, ia tidak berbaloi kerana seperti yg saudara Fuzi katakan, destinasi yang di tawarkan terlalu sedikit baik dalam atau luar negara.

    Ketika saya sertai program ini, harga yang mereka tawarkan untuk pakej starter ialah MYR13,500 berbanding dengan saudara Basri iaitu MYR10,000 yang mana jauh lebih murah walaupun mereka katakan harga hotel akan meningkat tetapi pada pengamatan saya, harga servis yg mereka tawarkan yg sentiasa meningkat berbanding harga bilik penginapan yang mana terpaksa bersaing dengan hotel-hotel lain…so harga sentiasa kompetetif dan lebih murah jika dibandingkan dengan harga ahli. Jika murah sekali pun, ia tidak datang dengan free breakfast berbanding dengan direct reservation dengan hotel.

    Since saya join dari tahun 2011, sudah 2x maintenance fees dinaikkan. Voucher breakfast untuk 3 dewasa atau 2 dewasa dan 2 kanak dinaikkan dari RM40 ke RM50. Destinasi percuma semakin berkurangan. Destinasi lokal yg mana sebelum ini ditawarkan dengan potongan entitlement serta surcharge yg rendah telah ditukar dengan rental destination di mana tiada potongan entitlement dengan bayaran surcharge yg lebih tinggi dan agak kurang competitive compared to harga pasaran yg di datangkan dengan free breakfast.

    Banyak usul telah dibawa semasa AGM tetapi tiada perubahan positive yg dapat dilihat. Saya telah pun bayar habis, so the only options yg saya ada untuk habiskan semua entitlement saya untuk menginap di hotel mereka atau jual entitlement saya pada mereka yg berminat (jika ada).

    svgReply
    • mr jay

      July 19, 2016 at 9:23 pm

      hi sy ada lg 2 malam boleh guna, berminat hubungi sy 0162518765

      svgReply
  • Basri MY

    June 22, 2014 at 10:35 pm

    Terima kasih Ahmad & Fuzi untuk perkongsian info.

    Fuzi, saya tak pasti samada relevan atau tidak, tapi bagi kebanyakan kes.. pengguna seperti kita boleh rujuk kepada Tribunal Pengguna. Tuan boleh cuba tanya pendapat mereka. Mereka ini sangat berpengalaman tentu dapat membantu…good luck.

    svgReply
  • Fuzi

    June 19, 2014 at 3:13 pm

    saya dah masuk.. apa yg saya alami pada diri saya, amat x sesuai sebab saya hanya terikat kepada lokasi2 tersebut sahaja.

    benefit terlalu ckit, sesuai untuk golongan yg xtahu nak belanjakan duit mereka.

    sorry…
    ini hanya pengalaman peribadi saya.

    dan

    saya x tahu mcmn nak lepaskan diri sebab rasa rugi kalau berhenti ditgh jalan.

    maklumat terbaru saya dapat, selepas habis pembayaran bulanan, saya kena buat pula pembayaran lain untuk maintenance.

    svgReply
  • ahmad

    June 17, 2014 at 5:41 pm

    Tak baloi dgn bayaran. Krn sekarang byk promosi hotel yg lebih murah. Nanti ada maintainant fees lagi.

    svgReply
  • Basri MY

    June 9, 2014 at 9:49 pm

    Saya setuju dengan pendapat Sdri 😉

    svgReply
  • Rashidah

    June 9, 2014 at 12:43 pm

    Encik Basri, bagi mereka yg kerap pergi bercuti mungkin worth buying. Tetapi kalau jarang2 pergi bercuti baik tak payah beli, alllocation tu boleh buat menabung.

    svgReply

Leave a reply