Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Simpati pada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kejadian ini bukan saja memusnahkan harta benda, malah 4 orang penduduk telah terkorban dalam peristiwa ini. Allah lebih tahu akan kehendak-Nya.

Terima kasih kepada para petugas dan anggota keselamatan yang bekerja siang dan malam, malah merisikokan nyawa mereka sendiri. Ini kerana selepas kejadian itu, dilaporkan masih terdapat beberapa pergerakan tanah susulan yang membahayakan mereka yang berada di sana.

Cuma apa yang kurang sedap di dengar ialah ketegangan yang timbul di lokasi kejadian antara penduduk dan pihak berkuasa. Perkara tidak elok begini memang mudah menjadi punca perbalahan disebabkan tention yang ada di situ. Sedih, penat, kecewa, tertekan – semuanya boleh menyumbang kepada salah faham dan pertelingkahan.

Kepada mangsa yang terlibat, bersabarlah dengan keadaan. Pihak keselamatan bukan bertugas semata-mata untuk memunggah kotak pakaian – mungkin ada yang lebih penting dari itu. Dan kepada petugas, syabas dan tahniah kerana menjalankan tugas dengan amanah. Budi bahasa budaya kita.

Prev PostHow many accounts are ther on a shared hosting?
Next PostFree Short URL & Click Tracking

Leave a reply