Tanjung Gemok ke Pulau Tioman

Saya kongsikan sedikit info berkenaan perjalanan ke Pulau Tioman dari Jeti Tanjong Gemok. Jeti ini masih terletak dalam negeri Pahang. Satu lagi jeti untuk ke Tioman terletak di Mersing, Johor.

Tiket feri RM70 pergi dan balik. Masa perjalanan atas feri 2 jam. Pastikan lokasi penginapan, sebab feri akan menurunkan penumpang di beberapa jeti di Tioman.

Kali ini saya menetap di Berjaya Tioman, jadi jeti terdekat adalah Jeti Kg. Tekek. Ada pengangkutan percuma yang disediakan oleh Berjaya dari jeti.

Di Berjaya ada pantai yang luas untuk aktiviti pelbagai, air yang jernih tapi pasirnya taklah puti sangat. Sesuai untuk bawa keluarga, ada pool dan hiburan family games.

Prev PostKedai tayar Muslim di Kuantan
Next PostFrequency used by Malaysia GSM providers

Leave a reply