Tiket Aquaria KLCC & Kidzania murah – rupanya memang betul

Cuti sekolah sempat bawa anak-anak melawat beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Ada tempat yang memang pernah dilawati, tapi sebab anak-anak memang suka nak repeat.

Aquaria KLCC dan Kidzania memang happening seperti biasa, tapi apa yang nak saya tulis tentang harga tiket yang agak murah berbanding harga standard di laman web mereka sendiri.

Contohnya ini adalah harga standard bagi Aquaria:

Kalau beli di kaunter, RM69 untuk dewasa dan RM59 untuk anak-anak. Kalau anak-anak campur sepupu-sepupu, banyak juga nak kena keluar tu. Tapi saya ada terbaca tentang app Traveloka yang buat tawaran harga rendah untuk Aquaria. Traveloka menawarkan RM35 untuk dewasa (separuh harga) dan RM26 untuk kanak-kanak (lebih separuh harga). Jadi saya dah save lebih dari 50% melalui Traveloka.

Cara-cara seperti berikut:

1. Install app Traveloka.

2. Login guna FB atau Google.

3. Search Aquaria, buat booking.

4. Traveloka akan bagi QR code.

5. Code tu boleh scan terus di pintu masuk Aquaria KLCC.

Nota: masa daftar di app Traveloka anda perlu isi nama dan nombor Mykid.

Ini pula harga asal Kidzania:

Anak-anak RM80.10 dan dewasa RM43.20. Saya cuba cari dari Traveloka, malangnya dah habis terjual untuk tarikh yang dikehendaki.

Alternatifnya saya cuba cari di Lazada. Ya memang ada agen penjual tiket Kidzania di sini. Tak silap agen ni menggunakan nama Travelog. Amaran: sila tengok review dari pembeli lain dulu. Saya pun asalnya cuak juga, tapi review semua nampak ok maka saya beranilah nak beli.

Cara-cara:

1. Buat booking melalui Lazada dan bayar.

2. DM penjual berkenaan.

3. Penjual akan tanya umur anak-anak.

4. Kemudian penjual hantar QR code.

5. Code ni bawa ke kaunter online di lobi Kidzania.

6. Kaunter akan verify dan serah bracelet serta lanyard untuk masuk ke dewan permainan.

Harga melalui Lazada ni RM33 untuk dewasa (harga biasa RM43.20) dan RM66.50 untuk kanak-kanak (harga biasa RM80.10).

Jadi ayah-ayah dan ibu-ibu bolehlah save sikit untuk tiket dengan cara alternatif ni. Pastikan beli dari agen yang dipercayai sahaja.

Selamat mencoba.

Prev PostBenarkah hentian Perasing menyeramkan?
Next PostTM Hypptv @ PlayTV upgraded version

Leave a reply