TM – bawang telah dikupaskan

Saya sebenarnya kurang jelas dengan istilah ‘membawang’, ‘makcik bawang’ atau ‘akak bawang’. Tetapi berdasarkan context percakapan dapat diagak ‘membawang’ membawa maksud negatif iaitu mengumpat, mengata atau mengutuk. Bab mengumpat boleh datang dalam banyak bentuk seperti penulisan di blog, Facebook status update atau Twitter.

Tetapi syarikat telekomunikasi terulung Malaysia iaitu TM tahun ini menggunakan konsep ‘membawang’ dalam iklan raya mereka.

Melalui iklan yang ditayangkan secara live di Facebook bertarikh 8 Jun 2018 pukul 3pm, mesej yang dibawa adalah:-

– adalah menjadi kebiasaan dalam sesuatu majli perjumpaan seperti hari raya, terdapat sanak saudara yang akan bertanya banyak jenis soalan peribadi
– soalan peribadi tentang bila nak kahwin, bila nak dapat anak, kerja dan sebagainya
– generasi baru sering menganggap pertanyaan seperti ini sebagai ‘membawang’ atau kutukan/kejian kepada mereka
– dari sudut yang lebih positif, pertanyaan ini boleh dianggap sebagai cara saudara-mara, atau makcik/pakcik untuk beramah mesra dan ambil peduli
– hanya cara bagaimana mesej itu diambil yang boleh memberikan lebih makna

Lihat iklan ‘bawang akan dikupaskan’ oleh TM di sini:-

Walaubagaimanapun promo ini telah mendapat reaksi yang pelbagai dari para pelanggan. Oleh kerana promo dan teaser dikeluarkan sejak May 2018 dengan tagline ‘pertama di Malaysia’ maka ramai pelanggan tertunggu-tunggu dengan pelabagai andaian, antaranya:-

– new package
– new pricing untuk package lama
– double the speed, half the price
– new business
– new direction

Andaian ini menggambarkan betapa pelanggan sangat mengharapkan sesuatu dari TM, berkisar berkenaan business dan apa yang memberi impak dalam hidup mereka.

Sebaik sahaja iklan ini dilancarkan lebih kurang pukul 3pm, dapat dilihat ada antara pelanggan yang tidak dapat menerima mesej ‘membawang’ dengan jelas dan keliru. Perhatikan cerapan screen beberapa komen berikut di Youtube:-

Walaupun begitu terdapat juga beberapa komen penghargaan berkenaan mesej moral yang ingin disampaikan.

Prev PostAda apa dengan mobile@unifi versi baru?
Next Post5 faedah derma darah

Leave a reply