Isu berkenaan wanita potong rambut ketika berada dalam keadaan tidak suci seperti haid dan nifas. Mulanya saya samar-samar, macam tak boleh…mungkin juga boleh. Jadi kita cari sikit perbincangan yang telah ditulis oleh orang lain.
Hasilnya, saya dapati adalah dibenarkan wanita dalam keadaan tidak suci untuk memotong rambut atau kuku. Ini kerana tidak terdapat dalil yang melarang perlakuan seperti itu. Dalam satu kisah Rasulullah ketika berada dalam umrah, didapati Baginda meminta Siti Aisyah yang ketika itu sedang uzur untuk meninggalkan umrah dan menyisir rambut. Sedangkan kita tahu perbuatan menyisir rambut boleh menyebabkan rambut gugur. Selain itu terdapat hadis yang bermaksud bahawa setiap orang mukmin bukan najis. Bermaksud hanya darah itu najis, sedangkan anggota badan lainnya bukan najis.
Ini pula jawapan dari Ustaz UAI dalam bentuk video:
https://www.youtube.com/watch?v=a8tAiFFI9FA
Hi thanks for dropping by. Please share the content if you think there is someone who will appreciate it.