Yahoo Messenger – berakhir sebuah lagenda

Tanggal 17 Julai 2018, hayat Yahoo Messenger (YM) sebagai satu aplikasi bual lagenda dunia akan berakhir. Yahoo telah mengumumkan untuk tidak lagi meneruskan perkhidmatan ini dan akan mengfokuskan kepada aplikasi yang lebih baik kepada para pengguna. Setakat ini Yahoo Squirrel yang kurang terkenal dikatakan akan mengambil tempat YM sebagai aplikasi alternatif.

YM telah hidup selama 20 tahun dan dalam tempoh itu sudah tentu ia telah menyentuh sedikit sebanyak sisi kehidupan setiap dari kita. Golongan peminat Aiman Tino tentunya kurang mengenali YM, tetapi bagi brader & sis yang zaman belajar universiti atau kolej sekitar tahun 1996-2005 sudah pasti tak lepas dari fenomena YM.

YM sehebat IRC dan AOL, yang mana aplikasi ini muncul sebaik zaman ‘telnet’ dan ‘finger’ dalam terminal text-based only berakhir. Wow bila sebut pasal ‘telnet’ sudah tentu kita mengingati perkataan ‘tenet’ yang diolah dari situ. Ada brader yang dapat jodoh melalui telnet dan bahagia sampai sekarang.. terbaik!

Pengalaman saya dengan YM sekitar tahun 1998 atau 1999 apabila saya ke selatan tanah air untuk buat latihan praktikal. ID YM yang pertama di create di sana dan kekal digunakan sehingga penghujung pengalaman saya bersama YM. ID ini di create konon kerana nak approach seorang gadis pujaan hati, tapi tak perlu lah nak cerita di sini sebab cerita tu panjang boleh buat movie.

Kemudian sekitar 2004 dan 2005 dalam zaman pekerjaan saya masih menggunakan YM untuk kekal berhubung selain menjalankan kegiatan ekonomi secara online. Zaman ini jual beli e-gold dan e-currency sangat menjadi. Status YM dapat dipamerkan di laman web jualan bagi menunjukkan samada seller sedang online atau tidak.. wow ini kenangan abadi.

Menjelang 2008 atau 2009 saya dah tak berapa ingat tentang YM sehingga sekarang, dan semalam saya terbaca berita sedih tentang YM ini. Pemergiannya tidak ditangisi, tetapi tak dapat dinafikan kewujudan YM pada zaman itu memberi impak pada kehidupan saya.

Terima kasih Yahoo Messenger!

Anda ada pengalaman sendiri dengan YM? Kongsikan agar memori YM kekal dihati.

Prev PostPelan data tanpa had untuk guru dan kakitangan bergred DG
Next PostCara paling mudah dapatkan berita terkini Malaysia

One Comment

  • Kunjeng

    June 29, 2018 at 8:35 am

    The hell is Aiman Tino? Ada kena mengena dengan Herman Tino ke?

    svgReply

Leave a reply