Ada apa dengan Camry

Tindakan kerajaan negeri Perak meluluskan pembelian kereta bukan nasional (Camry) mengundang pelbagai spekulasi dan perbincangan. Ada yang katakan tindakan ini tidak patriotik. Ada pula yang membantah, kenapa pula tidak patriotik kalau tidak guna kereta Perdana?

Beberapa sebab kenapa kerajaan Perak nak guna Camry..

1. Mengurangkan kos penyelenggaraan. Penggunaan Camry yang baru ini akan menjimatkan kos penyelenggaraan yang tinggi sekiranya menggunakan kereta Perdana.

2. Jimat minyak. Kerata Perdana memang terkenal dengan istilah “boros petrol”.

Beberapa sebab kenapa tidak menggunakan Perdana dikatakan tidak patriotik..

1. Kerajaan Perak nampaknya prejudis kepada kereta buatan negara sendiri.

2. Kerajaan Perak tidak menyokong industri kereta nasional.

Kalau hendak dibahaskan mungkin tidak akan habis. Yang penting dalam mana-mana tindakan sekalipun, sudah pasti ada baik dan buruknya. Yang mana kita hendak lihat samada part yang baik atau part yang buruk itu adalah dalam kawalan masing-masing.

Secara bebas, saya dapat menerima tindakan kerajaan Perak ini. Walaupun langkah pembelian kereta asing ini nampak tidak selari dengan kempen kerajaan dan dasar “beli barang dari bangsa sendiri dulu”, terimalah hakikat bahawa zaman telah berubah. Kerajaan persekutuan sudah hilang keupayaan untuk menentukan semua perkara, sekurang-kurangnya di Kelantan, Perak, Selangor, Kedah dan Penang.

Teringat pula kisah seorang wanita tua Yahudi yang nak menaiki teksi di sebuah tempat di US. Samada cerita ini benar atau tidak, saya tidak pasti. Wanita ini enggan menaiki teksi yang dipandu oleh bangsa selain dari Yahudi dan sanggup berdiri di situ lebih lama demi untuk menaiki teksi Yahudi. Alasannya ialah beliau mahu memastikan wang tambang yang dibayarnya mengalir ke tangan Yahudi juga, bukan bangsa lain.

Itu Yahudi. Kita di Malaysia ini mungkin ada cara tersendiri.

Prev PostTok Mun Kutip Dana
Next PostAzam Tahun Baru Paling Popular

Leave a reply