Azam Tahun Baru Paling Popular

Beberapa tulisan yang saya baca di luar sana, ramai yang sedang mentertawakan diri sendiri apabila bercakap tentang azam tahun baru. Ada juga yang berfalsafah tentang tidak perlu azam tahun baru, yang penting apa yang ingin kita capai. Tak kurang juga yang menyebut azam perlu ada ciri-ciri SMART (specific, measurable, attainable, relevant, time-sensitive) – perkara yang selalu kita dengar dalam ceramah motivasi.

Berdasarkan beberapa undian, ada beberapa perkara yang selalunya menjadi topik paling dikehendaki dalam azam tahun baru, antaranya;

1. Sediakan lebih ruang dan masa untuk keluarga.

2. Rajin eksesais untuk kesihatan.

3. Turun berat badan.

4. Berhenti merokok.

5. Menikmati hidup, jadi lebih gembira.

6. Berhenti minum arak.

7. Melepaskan diri dari hutang.

8. Belajar perkara baru.

9. Membantu orang lain.

10. Menguruskan diri sendiri dengan lebih baik.

Apapun, saya telah menjelaskan azam tahun 2008 dan tidak akan mentertawakan diri sendiri. Genap 31 December 2008 ini nanti, dengan izin Allah saya telahpun melalui 2008 tanpa sebatang rokok pun. Perkara yang dulu dirasakan mustahil untuk dibuat, sebenarnya boleh dicapai. Rahsia berhenti rokok? Sebenarnya tidak ada apa sebarang ubat atau alat khas. Di akhir 2007, saya sedang menunggu kelahiran anak pertama yang dijangka sekitar Mac 2008. Maka saya menetapkan, sekurang-kurangnya saya akan menyediakan anak saya itu nanti dengan apa saja perkara terbaik yang saya mampu lakukan. Mungkin saya tidak mampu beri kemewahan, tetapi saya mampu beri ruang udara bersih di rumah dan peluang untuk hidup tanpa asap rokok. Itulah cerita nya tentang azam 2008 saya. Insyallah kejayaan azam 2009 akan menyusul hujung tahun hadapan.

Prev PostAda apa dengan Camry
Next PostLalat

Leave a reply