Adab menghadiri kenduri

Ada satu mesej dari Whatsapp yang saya suka buah penyampaiannya. Berikut disertakan, penulis asal tak diketahui:

Assalamualaikum Wbt. Musim2 kenduri, eloklah kita ambil iktibar. Baca kelohan caterer kenduri kawin. 👇🏻

Saya minta maaf betul-betul maaf.
Saya perlu berterus-terang. Terpaksa.

Bila hadir di suatu majlis . Deretan makanannya banyak. Ambil satu persatu.
Makan dulu main course. Lepas tu bangun ambil pula makanan lain. Ambil pula buah dan sebagainya.
Bila tuan-puan ambil semua jenis makanan serentak, tiba-tiba kenyang, makanan lebihan tadi ditinggalkan.

Kesian tuan rumah. Dia bayar makanan itu. Tapi dibazirkan oleh tetamu. Hormatilah rezeki.
Kita tidak perlu ditayangkan dengan video Palestin takda makanan atau Somalia kurus kering baru rasa insaf.

Ambil kuih sepinggan. Takhabis. Dia ambil tisu, buang atas kuih tadi. Padahal kuih itu masih elok lagi.

Ikutkan saya meniaga. Saya suka. Bila makanan tak cukup. Ada tambahan sales. Tapi saya kesian kepada tuan rumah yang risau makanan tak cukup. Berubahlah. Berubah. Kalau kita buat macam tu kat orang. Time majlis kita nanti orang buat macam tu… kita pun sedih.

Siang malam kita mintak doa murah rezeki.
Rezeki sampai kita pun buang.
Kenapa kita macam tu? Kenapa?

Tolonglah share. Dah lama menahan.

Selalu kita nampak situasi ni. Hadirin serbu dan ambil semua menu yang ada. Sudahnya tak semua makanan yang diambil tadi mampu dimakan, akhirnya dibuang. Membazir.

Ada 2 jenis kezaliman yang berlaku. Pertama, menzalimi rezeki yang ada. Kedua, menzalimi tuan rumah yang menjemput.

Kita patut berubah.

Prev PostUnifi @ Kuantan - nak apply online?
Next PostBenarkah hentian Perasing menyeramkan?

Leave a reply