Unifi @ Kuantan – nak apply online?

Kawan saya sekitar Kuantan ramai yang bertanya macam mana nak buat permohonan Unifi online. Senang saja, dalam artikel ni saya sertakan beberapa link khas untuk tujuan berkenaan.

Tapi sebelum tu kita cerita dulu berapa banyak jenis Unifi yang ada ni. Unifi sana, Unifi sini.. pening tak?

Unifi fiber – ini Unifi yang asalnya nama Unifi tu digunakan. Jika Streamyx gunakan teknologi copper (wayar tembaga), maka Unifi fiber inilah yang menjadi idaman semua orang yang inginkan kelajuan paling tinggi. Berapa laju boleh pergi? 1Gbps boleh tak? Boleh, tapi buat masa ni pakej paling laju turbo 800Mbps sahaja. Jika berminat nak subscribe 300Mbps, ini link nya. Nak 300Mbps dengan HyppTV sekali? Guna link ini. Atau just nice dengan 100MBps @ RM129/month? Click sini.

Unifi mobile – ini Unifi macam mana pulak ye? Namanya Unifi, tapi sebenarnya pakej tu untuk handphone. Ada juga jiran yang tanya, boleh tak nak pasang Unifi mobile di rumah dia. Ok, boleh je asalkan dalam coverage. Biasanya coverage memang ada, cuma bergantung dalam liputan 4G atau 3G. Unifi mobile ni bila kita subscribe, TM akan bagi sim card. Bolehlah pasang sim card tu di handphone kita. Nombor lama boleh pindah tak? Boleh. Data berapa banyak? Unlimited, takkan habis. Boleh tethering tak? Boleh. Sementara promo tengah ada ni, subscribe Unifi mobile RM59/sebulan kat sini. Tapi sampai hujung December 2019 sahaja ya. Lepas tu harga naik semula RM99.

Unifi air/wireless – dah tu yang air/wireless ni macam mana? Lebih kurang macam Unifi mobile, dapat sim card DAN wireless modem, tapi tak perlu guna handphone. Yang lebih best, boleh bawa modem ni balik kampung, itupun kalau kampung tu ada 4G. Harga RM79/sebulan sahaja. Rupanya macam kat bawah ni. Secara purata dapat speed 20Mbps. Boleh guna hingga 64 devices.

Untuk Unifi fiber, kalau nak check coverage boleh tengok link ini.

Untuk Unifi mobile atau Unifi Air, boleh check coverage di sini.

Prev PostTak jual Android box
Next PostAdab menghadiri kenduri

Leave a reply