Ahli Politik, Kalau Tak Bertanggungjawab..

Ada satu cerita kelakar tentang TNB (ini hanya lah lawak, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati). Kononnya kalau TNb tak buat kerja, maka jumlah populasi rakyat Malaysia akan meningkat. Sebabnya orang dok bergelap kat rumah, so tak ada kerja lain yang nak dibuat. Tambah populasi lah adanya.

Tapi ahli politik, kalau tak bertanggungjawab boleh jadi kacau ini negeri. Oleh kerana politik ini tidak jauh dari populariti, maka ahli politik adalah mereka yang paling gemar mencari publisiti. Bermacam-macam isu cuba dipolitikkan – dari kes budak-budak tadika hingga lah kes curi lembu.

Tapi ahli politik yang paling busuk adalah mereka yang mencari kelemahan orang lain dan cuba meraih keuntungan dari situasi itu. Dalam erti kata lain, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita politik, populariti, kuasa dan kepuasan tersendiri.

Apakah benda yang boleh di pajakkan demi populariti? Keamanan negara, perpaduan antara kaum dan sebagainya yang mana isu-isu begini lebih pantas menjadi gempar dan menaikkan populariti jagoannya.

Prev PostNogold Superstar - Berkaraoke & Menang Wang Tunai
Next PostInternet Explorer, Stack Over Flow, Runonce

Leave a reply