Antara Beruang Panda dan Orang Gaza

Dalam sehari dua ini ternampak begitu ramai kelibat sukarelawan WWF di sekitar Kuantan. Mungkin acara biasa bagi memberi kesedaran tentang kepentingan perlindungan hidupan liar yang terancam dan medium bagi mereka yang sudi membantu dalam bentuk derma. Usaha ini agak baik pada saya, sekurang-kurangnya ada juga pihak yang berusaha membantu langkah pemuliharaan hidupan liar. Jika disebut WWF, apa yang datang ke kepala saya ialah beruang panda. Sebenarnya ada banyak lagi haiwan yang dilindungi.

Pun begitu terfikir juga alangkah baiknya jika usaha sehebat ini digunakan untuk membantu orang-orang Palestin. Wanita, orang tua dan kanak-kanak di Gaza mungkin tidak mengalami kepupusan seperti beruang panda, tetapi nyawa mereka lebih murah dari beruang panda itu sendiri pada saat ini. Yang mati bergelimpangan, yang cacat dan akan merana seumur hidup mereka.

Peristiwa berdarah dan pembunuhan orang-orang Gaza bukan saja membuktikan kejahatan bangsa Israel yang seperti yang tertulis di dalam Al-Quran, tetapi memperlihatkan hipokrasi dan wajah sebenar puak-puak yang kononnya melaungkan kebebasan, demokrasi, hak asasi manusia dan apa-apa hak lagi.

Antara beruang panda dan orang-orang Gaza!

Prev PostDi sebalik cerita blog hina Nabi
Next PostMerokok dan membakar rakyat Palestin?

Leave a reply