Di sebalik cerita blog hina Nabi

Saya tidak sempat membaca blog palsu yang heboh diperkatakan itu, tetapi berdasarkan gambaran yang diberikan, ianya nampak begitu serius. Masakan tidak, ianya melibatkan sensitiviti keagamaan yang boleh menjadi penyakit lain jika tidak ditangani dengan baik.

Mungkin ada beberapa perkara yang tersirat dalam hal ini:-

1. Sejauh mana kecekapan pihak bertanggungjawab dapat mengesan orang yang tidak baik ini? Saya percaya kecekapan itu ada, mungkin memerlukan masa.

2. Bagaimana seriusnya kerajaan dalam undang-undang cyber, terutamanya akta yang menghalang kecurian identiti (identity theft) dan juga pencabulan ruang privasi.

3. Adakah barah perkauman dan keagamaan semakin parah di Malaysia? Lihat isu kepala babi di Negeri Sembilan dan Melaka yang turut sama dilakukan oleh ‘hantu’. Mungkin jenis ‘hantu’ yang sama juga menulis blog religious-hatred sebegini.

4. Surat khabar dan TV mensasikan isu ini untuk apa? Sebab tangggungjawab atau sebab keuntungan saja?

Orang Malaysia ini sopan-santun dan berbudi-bahasa. Jangan berbalah hanya disebabkan seorang dua yang pendek akalnya.

Prev PostLalat
Next PostAntara Beruang Panda dan Orang Gaza

Leave a reply