Antara unit trust, insurance & investment link plan

Antara tiga nama yang sering kita dengar iaitu unit trust, insurance dan investment link plan tentunya ada benefits tertentu dan berbeza antara satu sama lain. Saya begitu excited untuk mendalami beberapa plan yang telah saya ambil untuk diri sendiri dan anak-anak. Persoalan samada apa yang saya pernah subscribe berbelas tahun lepas, adakah ia masih kekal objektif seiring perubahan yang berlaku dalam hidup.

Perubahan bagaimana?

Keluarga yang makin besar. Kesihatan yang makin pudar. Umur yang makin besar.

Sebagai contoh investment link plan yang saya ambil dari satu syarikat tersohor di Malaysia. Saya dapati death serta total & permanent disability benefits nya sudah kurang sesuai untuk kekal relevan dalam konteks orang yang akan saya tinggalkan. Keluarga yang semakin ramai, sudah tentu benefit nya perlu lebih besar. Plan yang asalnya saya ambil sewaktu masih belum berkahwin saya rasakan sudah lapuk dan mengkin perlu overhaul atau sedikit upgrade.

Begitu juga 2 education plan untuk anak-anak. Saya dapati pulangan tahunan yang ditawarkan terlalu rendah.

Saya sedang terfikir untuk upgrade dan split premium anak-anak kepada 2 jenis sumbangan; insuran dan unit trust. Kenapa? Setakat pemerhatian yang belum disahkan (saya akan ke pejabat ILP ini dalam masa terdekat untuk kepastian), mungkin ada fee tertentu yang hidden dan saya tak mendapat sebarang faedah darinya. Adalah lebih baik untuk saya benar-benar membayar insuran unntuk perlindungan mereka, dan juga melabur di unit trust untuk pelaburan jangka masa panjang untuk pendidikan. Tapi ia tak perlu wujud dalam satu portfolio atas faktor fee dari syarikat pengendali tadi.

Perkara ini perlu saya selidiki dengan lebih lanjut.

Prev PostAlways on internet connection (2 WAN or more solution)
Next PostSim card percuma - Mobile Unifi

Leave a reply