Sim card percuma – Mobile Unifi

Sekiranya anda belum mendapatkan 5 sim card percuma dari Mobile Unifi, masanya untuk berbuat demikian sekarang kerana dikatakan pengecualian RM10 untuk permohonan baru hanya sah hingga 1 juta sim card pertama sahaja.

Setakat semakan saya pagi tadi pada hari ini 26 Jan 2018, telah terdapat 10k download aplikasi mobile@unifi. Aplikasi ini perlu di install di handphone anda sebelum permohonan sim card boleh dibuat. Sekiranya purata seorang pengguna memohon 3 sim card, telah ada 30,000 sim card yang telah dipohon. Ini bermakna kadar permohonan sim card Mobile Unifi pada kadar 15k sehari sejak dilancar 2 hari lepas. Maka baki 970,000 sim card akan habis di pohon dalam tempoh 2 bulan 5 hari lagi. Saya jangkakan pengecualian RM10 ini akan berakhir sebelum hujung bulan Mac 2018.

Bagaimana cara mendapat sim card percuma dari Mobile Unifi?

1. Download dan pasang aplikasi mobile@unifi dari Goole Play.

2. Tekan I Want To Get A Sim

3. Pastikan anda tanda pembacaan terma dan syarat kemudian click I Want To Start Now.

4. Masukkan nama dan nombor IC.

5. Kemudian pilih berapa banyak sim card diperlukan. Maksimum 5. Anda boleh pilih 1 dan tambah kemudian.

6. Confirm dan pilih self pickup dari TMPoint terdekat.

Selamat mencuba.

Prev PostAntara unit trust, insurance & investment link plan
Next PostJadual cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN sepanjang 2018

21 Comments

  • mohd junaidi bin abu salem

    March 13, 2018 at 10:26 pm

    Nak sim card percuma

    svgReply
  • dayang bainun binti maliki

    March 10, 2018 at 10:41 pm

    tadi saya sdh daftar, tetapi masa nak membuat bayaran rm10.60 untuk delivery, line internet saya terputus…skrg macamana nak teruskan buat bayaran ya? nak masuk dri first pun x dpt sdh…tq atas bantuan…

    svgReply
  • Abid zuhairi

    March 7, 2018 at 9:09 am

    Macam nak check no fon…admin jawab la copekkk

    svgReply
    • Basri MY

      March 7, 2018 at 10:10 am

      Tuan.. maksudnya Tuan nak tahu no phone sim card tu? Masa ambil di TMpoint kerani bertugas akan tulis nombor tu pada pek sim card. Klu tak tahu juga buat call ke mana2 phone number dan dan tengok nombor apa yang keluar. Setiap sim ada 10 minit percuma.

      svgReply
  • Eton

    March 5, 2018 at 12:23 pm

    Macam mana nak check no phone?

    svgReply
  • Hairi

    February 28, 2018 at 5:15 pm

    Nk tanya sim kad unifi ne ada tarikh luput ke tuan?

    svgReply
    • Basri MY

      February 28, 2018 at 9:39 pm

      Tidak ada expiry, tapi perlu active. Statement dari Unifi Mobile:

      The SIM Card will remain valid for as long as either one or all of the following activity is carried out;

      Reload your Account
      Purchase any Add-Ons
      Perform any outgoing transaction in the form of Call/SMS/usage of Data
      Should you fail to do either one or all of the above within a period of ninety (90) days, the SIM Card will become inactive and the Service will be Terminated. Any remaining Credit and/or Allowance will be forfeited. The Mobile Number will be released to the general pool of numbers. You will not be able to get back the same Mobile Number.

      svgReply
  • Raimi

    February 27, 2018 at 9:46 am

    camne nk extend expired date?

    svgReply
    • Basri MY

      February 28, 2018 at 9:40 pm

      Sentiasa aktifkan sim card dalam tempoh 90 hari. Statement dari Mobile Unifi:

      The SIM Card will remain valid for as long as either one or all of the following activity is carried out;

      Reload your Account
      Purchase any Add-Ons
      Perform any outgoing transaction in the form of Call/SMS/usage of Data
      Should you fail to do either one or all of the above within a period of ninety (90) days, the SIM Card will become inactive and the Service will be Terminated. Any remaining Credit and/or Allowance will be forfeited. The Mobile Number will be released to the general pool of numbers. You will not be able to get back the same Mobile Number.

      svgReply
  • Azrol

    February 27, 2018 at 12:08 am

    Maaf encik. Internet untuk sim unifi saya tidak dapat. Kenapa ye?

    svgReply
    • Basri MY

      February 28, 2018 at 9:41 pm

      Yang percuma tu LTE. Jika 3G cuma ada 50Mb. Sila pastikan tuan dalam liputan 4G.

      svgReply
  • Mimi

    February 23, 2018 at 11:30 pm

    bila masukkan simcard mmg automatik aktif?

    svgReply
  • Hadi

    February 16, 2018 at 7:25 pm

    Cmne nk cek baki

    svgReply
    • Basri MY

      February 16, 2018 at 7:55 pm

      Install app mobile@unifi dan activate sim card.

      svgReply
      • Hadi

        February 18, 2018 at 4:58 pm

        Kalau nk reload hanya online saje ke?ada jual kad x?sy xbiasa unifi ni

        svgReply
        • Basri MY

          February 22, 2018 at 9:06 am

          online sahaja. credit card or fpx.

          svgReply
  • Adli

    February 13, 2018 at 1:34 pm

    Semasa kita daftar dekat apps tu, kita ada meletakkan no. telefon kita, adakah dia akan mendaftar kan no. itu atau kita akan dapat no. telefon baru?

    svgReply
    • Basri MY

      February 15, 2018 at 10:16 am

      Selepas itu ada pilihan samada nak kekalkan nombor lama atau pilih nombor baru.

      svgReply
  • Ahmad

    February 10, 2018 at 9:59 am

    Saya tak dapat nak daftar no unifi mobile di appl mobile@unifi. kod verifikasi dihantar ke no telefon yg baru tp tiada mesej yg masuk utk kod vetifikasi tu. Mohon bantuan supaya sy dpt daftar utk kemudahan semakan baki dan lain².T.kasih

    svgReply
    • Basri MY

      February 11, 2018 at 8:53 pm

      Setahu saya sebaik saja sim card baru dimasukkan ia akan terus aktif. Jika tuan gunakan phone dengan 2 sim card, pastikan slot simcard kedua dalam keadaan aktif.

      svgReply

Leave a reply