Apa yang perlu dibuat bila wallet anda dicuri?

Pada 15 September yang lepas, di Taman Bandar Indera Mahkota, saya mengalami musibah kereta dipecah masuk dan wallet yang saya simpan bawah seat kereta (macam biasa?), dicuri. Pencuri mungkin dah perhatikan sejak saya sampai dan park kereta, dan tunggu peluang yang ada bila saya mula berjoging.

Jumlah kerugian tak banyak, cuma dokumen seperti IC dan lesen memandu turut hilang.

Cuma ingin berkongsi pengalaman, sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menghubungi bank atau penyedia kad kredit supaya kad-kad yang dicuri itu disekat penggunaannya.

Selepas itu buat lah report polis sebagai dokumen rujukan.

Selepas itu yang penting sekali sila lah ke Jabatan Pendaftaran dan mohon IC gantian, dan juga jangan lupa ke JPJ untuk dapatkan lesen baru. Lesen ini sangat penting bila anda berurusan dengan pihak bank untuk gantian kad kredit atau kad ATM. Saya tak tahu hal ini sehinggalah ianya berlaku kepada saya sendiri.

Pengalaman saya dengan Maybank, CIMB dan Public Bank, mereka ini susah untuk verify identiti kita dengan hanya sekeping IC sementara. Lesen masih diperlukan untuk tujuan pengeluaran kad baru.

Saya buat ranking untuk beri kredit kepada agensi yang begitu efisien dan cepat dalam tindakan mereka dalam hal-hal hilang wallet:

1. Sudah tentu tempat pertama jatuh kepada PDRM. Mereka memberikan kita salinan report polis yang akan digunakan dalam semua urusan sementara.

2. Kedua ialah JPJ. Agensi kerajaan ini pada saya sangat tip-top kerana saya boleh dapatkan lesen gantian dalam tempoh tak sampai 30 minit. Awesome!

3. Jabatan Pendaftaran. Tak silap saya masa dulu-dulu, masa yang ditunggu untuk dapatkan IC makan bulan…tapi sekarang saya hanya perlu tunggu seminggu. Dalam surat kata 2 minggu, tapi saya cek minggu pertama dah boleh datang ambil. Bagus!

4. CIMB…ya bank ini walaupun leceh dia minta saya tunjuk lesen, tapi pengeluaran ATM card boleh dibuat dalam kadar segera.

5. Public Bank…saya dapatkan kad kredit gantian dalam tempoh beberapa hari bekerja. Good job!

6. Maybank….hmmm…agak perlahan, sebab sejak saya report hari tu sampai ke hari ini dah nak masuk 3 minggu masih belum ada kad gantian. Mungkin sebab akaun saya bukan dibuka di sini, jadi susah nak keluar kad. Dicampur pula mesin pencetak kad rosak di Maybank Jln. Bukit Ubi….nasib…kena try di branch lain.

Anyway saya ucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dan teruskan dengan kerja yang baik ini.

Prev PostWordpress for android
Next PostTerima kasih Amin Hamdi & Partners

3 Comments

  • aku serabut!!!

    May 22, 2014 at 8:31 am

    Thanks.. semalam Dompet tercicir plk mse tukar bju ngn seluar kt masjid nk g jogging…..

    svgReply
  • abu

    July 21, 2013 at 8:29 am

    Terima kasih. Maklumat amat berguna, wallet saya tercicir dekat masjid semalam, dah cari tak jumpa2. Dah tahu mana nak pergi dulu.

    svgReply
  • sam

    July 15, 2013 at 4:42 am

    thanks…info yg sngat berguna..dompet sy dicuri samalam…so sy xtaw nk selesaikan yg mana dahulu….dngan info admin ni bolehla sy selesaikan dengan mudah…

    svgReply

Leave a reply