Terima kasih Amin Hamdi & Partners

Saya berterima kasih kepada firma guaman ini kerana telah membantu saya dalam urusan pindah milik sebuah rumah lelong. Pada saya perkhidmatan dari firma ini sangat baik, berikut yang dapat saya senaraikan:

1. Firma ada memberi updates tentang perjalanan kes.
2. Mereka juga ada berikan estimation time bila kes akan selesai.
3. Mereka laksanakan tugas dari A-Z, tak perlu campur tangan tuan badan.
4. Sikap profesional dan menghormati pelanggan dalam berurusan.
5. Mereka dapat menyelesaikan kes dalam tempoh waktu yang berpatutan.

Sebelum ini, kes saya diuruskan oleh sebuah firma lain, tak perlulah saya sebut namanya (makan masa lebih kurang 8 bulan tak selesai-selesai juga). Bila diserahkan kes ini kepada Amin Hamdi, dapat siap dalam tempoh 3 bulan, itu pun termasuk cuti raya.

Kredit harus diberikan kepada mereka yang layak, terima kasih..jika ada peluang saya akan melanggan perkhidmatan dari firma guaman ini lagi Insyallah.

Prev PostApa yang perlu dibuat bila wallet anda dicuri?
Next PostRupanya CIMB bukan lagi agen Western Union

One Comment

  • Seekers

    December 10, 2012 at 11:36 am

    Hebat benor firm ni yek… tak pernah lagi dengar… teringin jugak nk melanggan sekali sebab saya ingat nk beli rumah lelong jugak.

    svgReply

Leave a reply