Astro b.yond + skybox

Ini peringkat percubaan, tak tahu jadi ke tidak.

Rumah saya dah ada Astro b.yond (2 decoder). 1 decoder sambung ke TV utama, 1 decoder lagi sambung ke TV di rumah sebelah (hotel a.k.a homestay yang diusahakan – promosi datanglah melancong ke Kuantan dan menginap di homestay kami).

Problem nya anak sulung saya sangat suka layan 613 cerita cartoon. Jadi ini lah lahirnya idea untuk split signal b.yond kepada 2 cable. 1 signal akan ke TV utama, 1 signal ke TV dalam bilik tidur.

Barang diperlukan:
1 unit coax splitter
1 unit skybox
1 x cccam account (check di Lelong, ramai yang offer)

Untuk cccam account, saya ambik trial dulu 1 bulan RM30. Bukan apa, selalunya puak-puak ni marketing saja lebih, tapi server lagging bukan main.

Untuk permulaan saya akan configure dulu skybox malam ni. Config file pun selamat saya terima dalam email.

Bersambung nanti…

28 May 2013:

Confirmed! Malam tadi saya dah cuba b.yond dish + skybox S12 boleh nampak gambar dengan baik. TAPI, semua channel HD tak dapat (scrambled). Tapi yang lain-lain bukan HD boleh ler… HBO, GC, AXN dan sebagainya.

Hari ni saya nak cari coax splitter dan nak cuba Astro PVR + Skybox S12 berjalan serentak.

Bersambung lagi nanti…

Coaxial splitter dah pun dapat, murah saja RM20. Nak yang lagi murah pun ada 3 way splitter jenama Gecen RM12 sahaja. F plug pun dah beli 5 biji (RM0.90/pc).

Tapi ada 2 teori yang saya baca dan dimaklumkan oleh member:

1. Sekiranya TV utama mainkan channel HD, TV yang ke dua tak boleh main channel lain dah.

2. Dua-dua TV boleh pasang waktu sama, tapi tiada satu pun yang boleh pasang HD.

Adakah perkara di atas benar?
Kita nantikan hasil eksperimen malam ini.

Bersambung…

1/6/2013 – konklusi

Dari eksperimen pada 28 Mei, di dapati teori ke dua BENAR. Setelah kabel Astro di split kepada 2, kedua-dua TV ada gambar, tapi hanya upaya main channel SD. TV pertama tak boleh main HD langsung.

Saya ada pilihan untuk teruskan dengan rancangan asal ini, tapi saya nak dapatkan solusi terbaik. Oleh kerana TV uatam tak dapat HD, saya ubah plan. Kebetulan LNB yang digunakan di rumah saya adalah multi-input LNB, ada 4 port semuanya. 3 telah di pakai (2 untuk b.yond, 1 lagi untuk second decoder). Saya hanya ada 1 extra port untuk Skybox, cukuplah tu. Dan tak perlu korbankan HD availability.

Jadi petang semalam saya dah minta rakan saya tolong sambungkan kabel yang telah siap saya pasang kepalanya. Dia cuma perlu pusing skru tu saja, sebab saya tak ada tangga yang panjang, terpaksa panggil dia. Alang-alang dah tebuk siling, saya tarik cable network sekali ke tempat sama. Kenapa tak pakai wifi? Ahah…sebab ini skybox model s12 yang tak support wifi.

Bila dah siap dan nak pasang ke TV, baru perasan rupanya skybox s12 tak ada RCA output, hanya ada HDMI. Oleh kerana TV ke-3 ini model klasik, ia tak ada HDMI input. Masak! Tanya tokey TV kat bandar, belum wujud lagi kabel yang mampu convert HDMI to RCA. Kalau adapun mesti pakai converter, harga RM1xx, baiklah aku beli skybox F5. So tadi dah beli pun. Habis eksperimen.

Nota: ini adalah perkongsian maklumat untuk tujuan pembelajaran sahaja. Penulis tidak bertanggungjawab kepada segala masalah yang timbul dari sebarang eksperimen anda sendiri. Gunakan perkhidmatan original.

Updated 26/7/2016:
Tuan/Puan yang berminat dengan Android Box bagi menggantikan Skybox/Openbox sila lihat di sini.

Prev PostJejak maid #4 - episod akhir
Next PostSkybox/Openbox Kuantan

19 Comments

  • silmi osman

    April 25, 2015 at 2:18 pm

    Salam Basri,
    Nak minta advise sikit boleh? Saya ada satu Astro byond decoder (built-in PVR) kat rumah tingkat bawah (living area), apa cara terbaik untuk sambung ke TV kedua di tingkat atas? Dah cuba surf, ada yg recommend wireless, ada yg recommend HDMI splitter/extender… Confuse…

    Kalau boleh minta nasihat/expertise dan recommend mcmana nak sambung alat2 tu… Sori kalau topic lari sikit.. Terima kasih tuan…

    svgReply
  • Nor sal

    December 16, 2014 at 1:56 pm

    As Salam ,nak tanyermacam ner cara nak pasang decoder kedua pada alamat rumah yang berlainan, sebb package multiroom ni hanya utk alamat rumah yang sama

    svgReply
  • kman

    December 10, 2014 at 10:34 am

    bro…pasang skybox umah sewa baru boleh ke bro…brapa jos bro….he..he serius ni

    svgReply
    • Basri MY

      December 15, 2014 at 4:04 pm

      hehe…amber tak buat pemasangan…tapi decoder sahaja ada lar.

      svgReply
  • mijie

    August 11, 2014 at 11:08 am

    bro duk kuantan gak ke? add fb saye bro fb.com/eijiheide

    svgReply
  • shafiq

    August 8, 2014 at 8:48 pm

    Tuan..coax splitter jenid apa yg sesuai utk output 1 astro beyond dan output 2 skybox f5s? Apa nama kedai dkt ECM yg dimksudkan? TQ

    svgReply
  • Basri MY

    July 19, 2014 at 9:56 pm

    Madya,kurang faham.

    Ismail, tak pernah cuba njoi, tapi macam boleh.

    svgReply
  • ismail

    July 8, 2014 at 12:16 pm

    Assalam.. saya skang pakai openbox kat tingkat bawah. Ingat nak pasang njoi kat tingkat ats tp pakai dish same… Boleh ke?

    svgReply
  • madya

    June 12, 2014 at 9:57 am

    kalau gabung satu dish astro lps komgsi skybox n beyond blh x?

    svgReply
  • Basri MY

    May 11, 2014 at 11:37 pm

    Isye, cuba check perkara berikut:-

    1. F plug untuk kabel dari input #1 dan input #2 adakah di pasang dengan baik?

    2. Jenis splitter yang digunakan adakah rekomended oleh sesiapa yang dah guna sebelum ni? Kalau jenis baru, takut power yang datang dari LNB tak lepas, sebab beyond ni power dia perlu kuat dari yang standard.

    svgReply
  • isye

    May 9, 2014 at 4:24 pm

    assalamualaikum,,,,
    saya cuba nak pasang astro beyond + openbox x5 dengan satu dish.
    saya dah sambung coaxial splitter .input:dari dish dan output 1:astro decoder dan output2:openbox.
    masalahnya ASTRO tak ada signal.
    tolong komen,apa yang tak kena kat sini.

    svgReply
  • iekah

    February 15, 2014 at 9:28 pm

    sye berminat… boleh tolong list kan apparatus nyer… dan step by step nyer

    svgReply
  • Basri MY

    November 20, 2013 at 12:06 am

    Nak S12…boleh. F5 pun ada.

    svgReply
  • Rasyid

    November 18, 2013 at 10:55 am

    As- salam,
    kalau pakai coxial spitter mungkin freq dia masih x dapat dibaca oleh decorder,

    nak tanya, skybox s12 yang ada nak tolak x? kawan nak,,

    svgReply
  • paed

    November 6, 2013 at 11:24 pm

    Mana nak beli coaxial splitter…kdai mana yg ada jual

    svgReply
    • Basri MY

      November 6, 2013 at 11:39 pm

      Cari area rumah kedai dekat East Coast Mall. Kalau dari stadium, ada traffic light, di sebelah kiri traffic light tu.

      svgReply
  • Basri MY

    October 12, 2013 at 7:27 pm

    tak ada signal di astro decoder atau skybox F5, atau kedua-duanya?

    svgReply
  • mohd subri

    October 8, 2013 at 10:41 pm

    assalamualaikum,,,,
    saya cuba nak pasang astro decoder lama + skybox F5 dengan satu dish.
    saya dah sambung coaxial splitter .input:dari dish dan output 1:astro decoder dan output2:skybox.
    masalahnya astro tak ada signal.
    tolong komen,apa yang tak kena kat sini.

    svgReply

Leave a reply