Jejak maid #4 – episod akhir

Entry ni hanya nak menyudahkan cerita.

Seperti dijangka, memang kena kapur lah dengan agen maid Indon berkenaan. Di kemuncak cerita, dia text bagitau maid gantian (ganti maid yang mati bapak dulu tu) dah ready untuk datang. Dia sendiri akan datang juga. Ada bagi nama maid dan rujukan penerbangan Lion Air. Saya dah check di website Lion Air dan memang ada nama tu. Nampak real sungguh.

Jadi saya pun dengan tak syak apa-apa bergerak ke KLIA malam tu untuk sambut maid…cewahh. Jangka sampai pukul 11. lebih kurang pukul 10 lebih saya dah ada dekat tol somewhere nak sampai KLIA, dia text sekali lagi. Nak tahu apa? Dia kata imigresen Indon sekat diorang, tak boleh lepas sebab maid tersalah cakap nak pergi kerja. Jadi sekarang macam mana? Katanya boleh proceed tapi kena bayar dulu pada Imigresen. Sorry lah. Berapa kali lu nak kencing gua. Saya cakap cukuplah setakat ni, kami akan buat report polis. Dia punyalah sanggup telefon beritahu tak menipu dan akan cuba cari ganti. Kencing lagi….

Kesimpulannya, memang banyak jalan nak kena tipu dalam bab mengambil maid Indon. Dah nasib duit tu nak tabur kat dia. Duit tu tidak halal bagi dia, jangan lekat tulang masa makan nanti yer.

Inilah sedikit info berkenaan agen tipu tu:

Nama: Sarwi Joko Priyatno
Alamat: Lerep RT:01 RW:08 Bumirejo, Karangawen, Demak, 59566 Jawa Tengah, Indonesia

Prev PostSadly, this site is moving out from Exabytes
Next PostAstro b.yond + skybox

Leave a reply