Bank Islam – Prosedur Potong Kad yg. Pelik

Penghujung Januari 2009, saya ke Bank Islam cawangan di sini untuk membuat pemotongan kad kredit. Walaupun baru saja menerima kad gantian baru beberapa hari sebelum itu, itu tidak membantutkan niat saya untuk melepaskan diri dari regim kad kredit.

Saya ke berjumpa seorang pegawai lelaki. Mengisikan borang. Membayar kesemua baki terakhir kad. Borang yang telah siap diisi saya kembalikan kepada En. Pegawai, dan dia memasukkan 2 keping kad yang saya pulangkan ke dalam satu sampul surat bersama borang tadi. Perlu di hantar ke KL, itulah katanya.

Sebenarnya sepanjang pengalaman saya menggunakan kad kredit dengan beberapa bank lain, tidak pernah pula kad yang hendak dipotong perlu dihantar ke HQ. Kebiasaannya pegawai yang terlibat akan memotong kad itu di depan pelanggan.

Tak apa. Mungkin ini prosedur tersendiri Bank Islam. Hari itu tarikhnya 29 Jan 2009. Saya berpuas hati kerana telah ‘melepaskan’ diri dari kad itu.

Selepas beberapa hari, oleh kerana premium insuran hayat saya dicajkan ke kad kredit sebelum ini, saya memeriksa status bayaran premium itu dengan agen. Masuk! Eh, bukankan kad kredit ini telah saya potong? Sepatutnya premium itu tidak masuk maka saya perlu bayar secara tunai, itulah yang saya fikirkan. Premium ini untuk bulan Feb.

Bulan March. Saya periksa sekali lagi status premium, masuk juga! Eh, saya dah potong kad kredit ini 2 bulan yang lepas.

Saya jadi kurang berpuas hati dengan praktis yang dijalankan oleh Bank Islam dalam hal pemotongan kad. Sepatutnya ia perlukan immediate action. Adakah pihak bank cuba mengambil untung dengan melengahkan pemotongan kad kredit saya? Mungkin juga.

Saya menelefon perkhidmatan pelanggan dan memang confirm kedua-dua kad itu masih belum dipotong walaupun selepas diberi arahan pemotongan selepas 2 bulan.

Kesan yang mungkin berlaku dari kecuaian pihak Bank Islam ini:-
1) Mungkin ada orang lain boleh menggunakan kad saya pada bila-bila masa selepas ia dihantar untuk dipotong.
2) Pihak bank telah mendapatkan keuntungan yang ‘tidak sah’ hasil dari transaksi selepas ianya diarahkan untuk dipotong.

Walaupun saya bersedia membayar untuk kedua-dua transaksi ‘tidak sah’ itu, tetapi pada pendapat saya ianya amat tidak ethical bagi pihak bank untuk melewatkan pemotongan seperti yang diminta oleh pelanggan.

Prev PostJujur
Next PostWhy I would not recommend GoDaddy.com

2 Comments

  • Mencelah

    November 8, 2010 at 11:22 am

    Kalo buat mcm tu, bukan ke nanti pihak bank akan tukarkan dgn kad yg baru???

    svgReply
  • suka kad cr

    August 11, 2010 at 8:16 am

    kalo aku, call bank cakap kad ilang pastu terus potong je esoknya. grenti kad sedia ada diterminate perkhidmatannya..

    svgReply

Leave a reply