Boikot Harian Metro

Setelah lama memerhatikan kecelaruan yang berlaku dalam laporan demi laporan dalam Harian Metro, saya dengan ini mengambil keputusan untuk memboikot akhbar Harian Metro. Boikot ini mungkin berakhir apabila Harian Metro memperbaiki mutu laporan yang dihidangkan.

Perkara-perkara memualkan yang dapat kita lihat dalam Harian Metro:-
1. Isu-isu panas terutama berkaitan seks dan gambar lucah yang begitu kerap dieksploitasi untuk keuntungan akhbar.
2. Isu-isu terpencil yang dihebohkan dan di ‘hype’ kan yang memberikan gambaran salah tentang apa yang berlaku.
3. Wartawan memberikan pandangan sendiri dan berat sebelah yang boleh memberikan persepsi negatif tentang sesuatu kejadian.

Walaupun penarikan pendapatan RM1.50 dari saya ini tidak memberikan apa-apa makna kepada akhbar ini, sekurang-kurangnya inilah sumbangan peribadi yang tidak seberapa dalam usaha memerangi unsur-unsur ketidakadilan yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Prev PostConnecting Laptop to TV
Next PostImpresi Pertama

One Comment

  • Zarawi

    April 2, 2010 at 12:03 pm

    Sy sependapat dgn Enck. Sy tk perasn yg Metro menyiarkn fkta2 yg agk menyeleweng selama ni. Slps sy bc blog ni dn blog hos/Penerbit Eksekutif 360 dan 999, En. Mazidul Akmal Sidik (http://mazidulakmal.blogspot.com/2009/07/wartawan-harian-metro-pereka-cerita.html?zx=2bfd2d2b417d3e73), sy trfikr mgkn btul Harian Metro memutarbelitkn berita dan fakta.
    Berita tentg sy prnh keluar d muka dpn Metro pd 4-8-2007. Sy bukn tuls surt ugutn kpd beks tunng sy tetapi surt menyatakn ketdk puasn ht dgn cara beks tunng sy memutuskn prtunngn. Surt tu jugk kra explanatn sy kpd pihk sebelh prmpn. Surt trsebut bukn 24 surt sprti mn yg dlaporkn oleh wrtwn Metro, Mohd Jamilul Anbia b. Mohd Denin yg mn skrg ialh suami kpd beks tunng sy. Bolh refer http://www.funnymalaysia.com/2007/08/dendam-bekas-tunang.html untk bc berita trsebut.

    svgReply

Leave a reply