Impresi Pertama

Don Gabor dalam bukunya berjudul “How to Start a Conversation and Make Friends” memberikan tips bagaimana untuk kelihatan mesra dan mudah didekati. Tips ini diamalkan melalui contact yang pertama iaitu bahasa badan (body language). Lebih separuh dari komunikasi yang terlibat adalah dalam bentuk bahasa badan. Tips-tips ini diringkaskan sebagai SOFTEN. SOFTEN ini boleh menjadikan orang lain lebih berinteraksi dan menerima anda. Tujuan SOFTEN adalah untuk memberikan isyarat bahawa anda seorang yang mesra dan mudah didekati.

S – Smile

O – Open arms

F – Forward lean

T – Touch

E – Eye contact

N – Nod

Senyuman adalah petanda pertama bahawa anda seorang yang gemar berkawan dan bersedia untuk berkomunikasi.

Tangan yang terbuka pula menandakan anda senang didekati. Dalam perbualan, tangan terbuka bermaksud anda mendengar dan mahu berinteraksi.

Membongkokkan badan sedikit kedepan semasa bercakap menandakan anda sedang mendengar dan benar-benar berminat dengan apa yang dibualkan.

Sentuhan dalam aspek bermaksud bersalam. Bersalam semasa bertemu menunjukkan attitude yang baik terhadap orang yang berkenaan. Katakan “hi”, senyum dan sebut nama anda.

Hubungan mata semasa perbualan menandakan anda mendengar dan ingin tahu tentang apa yang dikatakan. Hubungan mata hanya perlu dilakukan secara semulajadi dan tidak memaksa.

Anggukan kepala pula menandakan anda faham dengan apa yang diperkatakan, dan mahu perbualan itu diteruskan.

Prev PostBoikot Harian Metro
Next PostIndonesia: Kita bawa Barang, Mereka bawa Parang

Leave a reply