BullionVault: Cara Meniaga Emas Online

Artikel ini akan membuat pendedahan tentang peluang untuk memulakan perniagaan emas secara online. Sebelum itu, suka saya menyebutkan bahawa BullionVault ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan skim cepat kaya emas, atau apa-apa skim pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan mudah. BullionVault adalah mekanisme perdagangan, urusan jual dan beli, melibatkan untung dan rugi.

Skim-skim Yang Diragui Ketelusannya

Berkemungkinan besar, anda sebagai peminat emas pernah terjumpa dengan beberapa skim pelaburan emas samada secara online atau offline. Saya tidak mahu mengupas panjang tentang skim-skim berkenaan, tetapi pada pendapat saya, mana-mana skim yang menjanjikan pulangan mudah adalah “sangat-sangat berisiko”. Kebiasaannya pulangan mudah adalah umpan untuk anda menyerahkan wang kepada pihak-pihak berkenaan.

BullionVault Sebagai Mekanisme Perdagangan Emas

BullionVault.com dijalankan oleh sebuah syarikat dari UK iaitu Galmarley Limited. Pengasas syarikat ini ialah Paul Tustain. BullionVault memberi peluang capaian mudah kepada harga emas terendah untuk beli, dan harga tertinggi untuk penjualan.

Konsep BullionVault (BV) ini agak mudah.

1. Anda membuka akaun.
2. Anda membuat transaksi (jual/beli) percubaan menggunakan 1 gram emas PERCUMA yang dibekalkan.
3. Setelah berpuas hati, anda mendepositkan akaun currency anda di BV.
4. Membeli emas di mana-mana 3 vault iaitu New York, London atau Zurich pada harga terendah. Vault ini adalah tempat di mana emas anda disimpan.
5. Menjual emas di vault yang sama pada harga tertinggi.
6. Langkah 4 & 5 diulang untuk membuat keuntungan.

Sudah tentu, lain orang lain caranya. Mungkin ada orang yang suka membeli dan menyimpan emas iu dalam jangka masa panjang. Apapun, BV adalah cara paling mudah untuk seseorang melibatkan diri dalam perniagaan emas.

Alternatif Lain Perdagangan Emas

Beberapa alternatif yang ada di Malaysia ialah:

1. Menggunakan akaun simpanan emas (Public Bank/Maybank/Ambank).
2. Jual/Beli Syiling Kijang Emas (Maybank/CIMB).

Anda yang berminat boleh mendaftar BullionVault di sini.

Prev PostMyZenAlbums 1.2 - Fixed Undisplayed Thumbs
Next PostSiapa kata khidmat bukan-Melayu lebih baik?

8 Comments

  • hang_kebun

    July 26, 2009 at 1:17 pm

    salam… sd dh register dgn BV ni… nak belajar cara trade menggunakan 1 gram emas yg diberi secara percuma… masih dalam proses explore…

    svgReply
  • ezwan

    December 10, 2008 at 10:14 pm

    minat tp awk nak bg masa ke utk ajar sy

    svgReply
  • akuworld

    October 29, 2008 at 10:46 pm

    Tuan, Maklumat ni amat bagus.Emas merupakan simpanan dan pe;aburan yg menguntungkan.Ada sesiapa di sini yg telah menyertai BV? Kalau best, aku pun nak terjun..

    svgReply
  • Basri MY

    October 25, 2008 at 3:39 pm

    cuba dulu tgk system BV ni. kalau dah yakin, baru boleh pikir sacara serious.

    svgReply
  • et3925

    October 23, 2008 at 8:29 pm

    boleh caya ke?

    svgReply

Leave a reply