Siapa kata khidmat bukan-Melayu lebih baik?

Jika bercakap tentang tahap perkhidmatan (customer service) rasanya ramai yang bersetuju bahawa tahap yang kita nikmati hari ini di sini masih boleh diperbaiki. Sangat ‘masih boleh diperbaiki’. Tetapi itu yang kita setuju, bagaimana pula perbezaan tahap perkhidmatan yang disediakan oleh orang Melayu dengan bukan-Melayu?

Saya kerap mendengar rakan-rakan di pejabat sering memuji hasil tangan tukang rumah, tukang simen, tukang paip mahupun tukang atap dari kalangan bukan-Melayu sangat tip-top. Bagaimana dengan tukang Melayu? JANGAN! Rugi kamu nanti. Orang Melayu bukan reti nak buat kerja cantik-cantik. Itulah yang sering saya dengar.

Bagaimana dengan pomen kereta dari kalangan Melayu? JANGAN.

Bagaimana dengan tukang pengubah suai dapur Melayu? JANGAN.

Bagaimana dengan kedai runcit Melayu? JANGAN. MAHAL.

Kadang-kadang perbezaan seringgit dua menjadi ukuran.

Saya bukanlah salah seorang yang boleh dikategorikan sebagai memihak kepada perkauman, tetapi ini adalah berkenaan dengan pilihan masing-masing. Hak peribadi. Mereka yang menggemari khidmat bukan-Melayu dengan hak mereka sendiri, begitu juga sebaliknya.

Tetapi apa yang membentuk pemikiran kita bagi memilih Melayu atau bukan-Melayu? Bukankah kita bercakap tentang double-standard? Segalanya adalah perception dan mungkin juga boleh saya katakan sebagai penjajahan dan kebergantungan kita pada orang lain.

Saya suka membeli bawang goreng di kedai Melayu sekitar Indera Mahkota kerana perkhidmatannya lebih baik berbanding kedai bukan-Melayu yang dikunjungi sebelumnya!

Prev PostBullionVault: Cara Meniaga Emas Online
Next PostTulisan Jawi Tanggungjawab Siapa?

Leave a reply