Cara daftar ASB Online (MyASNB)

Bermula tahun ini 2017 kaunter Amanah Sahama Bumiputera (ASB) tidak lagi memerlukan buku pelaburan untuk transaksi. Malahan petang tadi percubaan untuk saya kemaskini buku pelaburan pun tidak berjaya. Sebabnya semua transaksi berkenaan sudah boleh dibuat secara online. Ini juga termasuk menyemak baki semasa.

Petang tadi saya berkesempatan melawat kaunter ASN Kuantan. Tujuan saya ke sana untuk dapatkan capaian online. Zaman sekarang kalau kita tak buat benda-benda yang tersedia online maka jadilah kita orang yang pelik. Benda senang ada tapi nak juga pergi beratur di kaunter. Contohnya semakan baki semasa.

Kita tidak akan lupa 2 Januari setiap tahun kerana waktu itu dividen ASB akan dimasukkan ke akaun masing-masing. Tahun-tahun lepas memang menjadi lumrah di kaunter bank ejen ASB seluruh Kuantan akan berpesta kerana sewaktu itu ramai pelabur akan keluar untuk memeriksa baki masing-masing dan buat pengeluaran. Yang saya ingat Maybank Kuantan memang tak pernah lepas peluang buat pesta begini. Dengan khemah depan bank dan jamuan makan. Begitulah hebatnya sambutan tahun baru bersama ASB. Bank pun masa tu lah nak offer pinjaman ASB, ambil peluang.

Jadi bila dah online, kita tak perlu lagi nak bersesak di kaunter bank sampai kena tinggal buku pelaburan beberapa jaam dan datang semula waktu petang. Itu yang biasanya saya lakukan waktu dulu. Tahun 2018 nanti kita dah online.

Baiklah cara nak daftar capaian online senang saja. Tak perlu bawa buku, cuma bawa IC.

1. Bawa IC ke pejabat ASN.
2. Dapatkan kiosk, masukkan IC dan verify cap jari.
3. Kemaskini nombor telefon dan email. Tick untuk terima penyata online. Hantar.
5. Kemudian dengan segera lawat www.myasnb.com.my
6. Klik ‘Daftar Sini’
7. Isikan apa yang patut, sistem akan hantar no TAC ke handphone dan buat verification.
8. Lepas tu akaun anda sedia untuk di semak secara online.

Selama mencuba. Jangan jadi ‘orang pelik’. Dah ada online, buatlah online.

Brochure yang saya sempat ambil tadi seperti di bawah.

Prev PostBerhenti merokok - kalau nak seribu daya
Next PostDividen 8.25 sen untuk ASB 2017

Leave a reply