Berhenti merokok – kalau nak seribu daya

Ramai antara rakan-rakan perokok yang kedengaran sering mengeluh betapa susahnya nak berhenti merokok. Antara punca susahnya nak berhenti adalah pengaruh rakan-rakan. Maknanya kalau kita ni baru belajar nak berhenti, kemudian keluar minum dengan jawan-kawan yang merokok. Di situlah yang dikatakan cabaran paling besar.

Tapi ada kenalan saya yang berkongsi cerita. Beliau ni memang dikenali sebagai seorang golfer yang hebat. Tapi sejak kebelakangan ini, beliau sudah mula kurang bermain golf.

Cerita punya cerita, rupanya beliau komited untuk tinggalkan permainan paling menarik dalam dunia ini buat sementara waktu. Sebabnya nak memberi ruang untuk teruskan niat berhenti merokok. Beliau dah lebih setahun berhenti. Dan beliau masih nak kekal berhenti. Jadi dengan cara mengurangkan waktu bermain golf, beliau dapat kurangkan faktor pengaruh rakan-rakan.

Saya percaya beliau boleh kekal berhenti kerana dia ada ketahanan yang tinggi seperti itu. Kalau dah mahu, ikut mana pun kita akan cuba cari jalannya. InsyaAllah.

Prev PostWestern Union di Pos Malaysia
Next PostCara daftar ASB Online (MyASNB)

Leave a reply