Catatan di Bukittinggi, Padang, Indonesia

Padang terletak di Sumatera Barat. Airportnya pula bernama Airport Minangkabau (PDG). Ini adalah catatan lawatan pendek 3 hari 2 malam sahaja. Jadi kebanyakan aktiviti dipendekkan mengikut kesesuaian. Catatan ini disediakan hanya sebagai kenang-kenangan. Sebagai rujukan semasa lawatan ini dibuat kadar tukaran wang adalah RM309 bersamaan Rp1,000,000.


Minangkabau International Airport

Hari Pertama

Itenary kami bermula seawal jam 5.00am di KLIA2. Park di KLIA2 guna TnG, masa ni tak tahu sangat berapa kos parking.

Masa peringkat planning, tengok perjalanannya 1 jam lebih, jadi saya dah order untuk semua anggota rombongan meal berkaitan (yang biasa lah macam Nasi Lemak Pak Nasir, Nasi Ayam Uncle Chin, etc, etc). Tapi bukan nak cerita pasal menu tu, nak ceritanya kami ni tak sempat makan. Sebab sebaik sahaja makanan sampai, elok je Kapten announce dah mula penerbangan turun. Suap je yang mana sempat. AirAsia pulak boleh terlepas pandang order untuk 1 anggota rombongan kami, walaupun memang dah confirm saya beli tetapi tidak di hidangkan sebab tercicir dari senarai. AirAsia hutang saya 1 meal ok.

Sampai di Airport Minangkabau, 8 lebih a.m waktu tempatan. Tiada apa masalah, cuma agak crowded di kaunter imigresen. Kaunter cuma 2 dan ruang beraturnya sempit.

Supir (Pak Antor) dah siap menunggu. Khidmat supir ini saya dapatkan nombor contact dari seorang saudara yang pernah datang. Kami sewa Isuzu Elf 12-seater. Sedang elok untuk rombongan kami 10 orang.

Lokasi seterusnya adalah Pantai Air Manis di mana terletaknya batu yang dikenali sebagai Malin Kundang. Di Malaysia legenda ini dikenali sebagai Si Tanggang. Seingat saya ceritanya berkenaan anak derhaka yang tak mengaku ibunya yang miskin dan tua setelah anak itu kaya dan berkahwin dengan isteri yang jelita. Perjalanan ke pantai ini agak memenatkan kerana terpaksa melalui jalan kampung berbukit. Asalnya saya bayangkan lokasi Malin Kundang berdekatan bandar tapi meleset. Walaupun jaraknya sekitar 40km, tapi perjalanan yang diambil memakan masa 1 jam lebih. Suasana di situ tidaklah meriah mana. Ada beberapa kedai menjual t-shirts dan menjual air kelapa. Waktu kami sampai hujan baru reda, jadi banyak jalan yang berlopak. Ayat Pak Antor, “Macam sawah!” memang benar sekali.


Lihatlah sumpahan Malin Kundang yang bertukar menjadi batu. Samada benar atau tidak, tapi mesej yang disampaikan memang murni. Hargailah ibubapa kita.

Kata Pak Antor, dia jarang bawa tetamu ke Malin Kundang oleh kerana sikap orang-orang kampung di situ. Setiap laluan ada bayaran entrance fee dan bayaran parking juga agak mahal. Mengikut beliau jarang pelancong dari Indonesia yang berminat melihat Malin Kundang, kecuali dari Malaysia (termasuklah kami :)).


Sekitar laluan ke Malin Kundang, kawasan perkampungan. Tengok piring satellite TV nya besar mana?! Boleh didapati dengan kos lebih kurang RM300, banyak saluran TV boleh dapat termasuk dari Malaysia.


Sekitar bandar Padang.

Lokasi seterusnya adalah Bukit Tinggi. Tapi on the way ke sana ada beberapa tempat lagi yang nak disinggahi. Termasuklah air terjun cantik ditepi jalan yang diberi nama Lembah Anai Air Mancur. Tak susah nak rapat ke air terjun ni sebab lokasinya betul-betul tepi jalan. Cuma perlu naik tangga sikit untuk masuk ke kawasan air terjun. Entrance fee macam biasa, tak mahal. Rasanya lebih kurang Rp13k. Walaupun airnya sejuk dan nampak menarik, kami tak mandi sebab tiada rancangan untuk mandi. Lagipun tak kelihatan orang mandi, mungkin airnya dalam.

Perjalanan diteruskan selepas lebih kurang 20 minit. Kali ini masa untuk makan tengah hari di satu restoran bernama Rumah Makan Pak Datuk. Hidangan Nasi Padang dengan pelbagai lauk pauk. Walaupun makanan yang dihidangkan banyak, kita cuma dicaj untuk makanan yang disentuh sahaja. Yang selebihnya tidak dikira.

Seterusnya singgah di tempat pembelian kain dan baju. Tak boleh komen banyak sebab saya pun masuk sekali lalu sahaja. Golongan wanita mungkin suka.

Seterusnya singgah makan kuih Bika di satu tempat dinamakan Koto Baru. Ya kat sini pun ada KB, walaupun tiada Wakaf Che Yeh. Kuih bika ni agak sedap, dibakar dan dibuat mungkin dari kelapa atau pulut.


This is Koto Baru.

Di belakang kedai ni ada view yang sangat menarik. Sawah dan bukit, macam dalam lukisan zaman budak-budak dulu.


Mengikut Pak Antor, kegiatan utama penduduk Bukittinggi adalah pertanian.

Dari Koto Baru kami gerak ke Bukittinggi dan sempat lagi singgah di sebuah kedai kain baju juga iaitu Linduang Bulan.

Tak lama lepas tu kami sampai ke Bukittinggi. Hari dah beransur malam. Tapi masih boleh nampak kawasan sekitar Bukittinggi dari bilik hotel. Kami menginap di Hotel Benteng. Hotel ni agak OK, dekat dengan pusat bandar berhampiran Jam Gadang yang nak dituju sekejap lagi.

Masa untuk makan malam. Kami ke Warong Makan Ayam Penyet Wong Semarang yang terletak di Jalan Veteran, kira-kira 10 minit perjalanan dari Hotel Benteng. Makanannya OK, cuma saya bukan penggemar ayam penyet.


Ayam Penyet Wong Semarang

Balik dari makan malam, kami minta Pak Antor drop kan kami di Jam Gadang. Situasi di sini memang happening dengan ramainya pengunjung dan gerai-gerai jualan. Kebanyakan menjual tshirt/baju dan cenderahati. Saya turut mendapatkan 2 bilah pisau berukir dengan sarungnya. Harga juga agak murah, tak dapat di kampung amber macam ni.


Jam Gadang bermaksud jam besar, siap dibina pada tahun 1926 di bawah pemerintahan Belanda. Tingginya 26 meter dan terdapat 4 jam berdiameter 80cm di setiap sisi menara.

Selepas meluangkan masa dengan cenderahati anak-anak, kami bergerak pulang. Plan asal nak jalan kaki, tapi oleh kerana adanya kereta kuda, maka kuda itulah jadi kenderaan kami. Tak jauh pun, naik kereta kuda cuma 5 minit. Kos untuk satu kereta kuda Rp.40,000.

Hari Kedua

Jangan risau jika anda tak sempat shopping t-shirt sebagai kenangan di Jam Gadang, sebab ada peniaga menunggu di depan pintu hotel kami menginap. Seawal pukul 7 dah ada beberapa orang peniaga yang menunggu.

Kami checkout, dan destinasi berikutnya adalah Pasar Aur Kuning.

Pasar ni terlalu besar dan crowded. Mengikut Pak Antor, peniaga di sini menjual secara borong. Jadi untuk tujuan beli secara runcit mungkin tidak dilayan. Untuk beli runcit, boleh ke Pasar Atas atau Pasar Bawah.

Antara barang-barang yang dijual di Pasar Aur adalah pakaian dan permainan kanak-kanak. Barang-barang ini katanya dikilangkan di Jakarta dan dihantar ke sini untuk tujuan pembelian bulk.

Kemudian kami ke Pasar Atas yang berdekatan Jam Gadang. Sambil tunggu orang shopping, saya bawa anak-anak bermain di kompleks Ramayana di sebelah Jam Gadang.


Jam Gadang kelihatan lebih cantik di waktu siang.

Destinasi seterusnya adalah ke Istana Pagaruyung. Tapi ada beberapa tempat yang akan kami singgah juga.

Yang pertama adalah Kiniko, restoran yang menghidangkan kopi original Bukittinggi selain pisang salai. Terbaik. Ramai pengunjungnya.

Kemudian kami singgah makan tengahari di restoran yang bernama Pondok Flora.

Restoran ni memang menarik sebab dikelilingi kolam, dan sekitarnya adalah sawah. Dalam kolam terdapat ikan-ikan yang besar. Rupanya sisa makanan pengunjung hanya dicampak terus ke kolam, patutlah ikan di sini gemuk-gemuk belaka.

Seterusnya sampailah kami ke Istano Basa Pagaruyung. Memang besar istana ni. Tapi kebetulan ketika sampai, terdapat satu event lebih kurang nasyid sedang dijalankan. Jadi tak dapatlah nak bergambar dengan background istana. Tapi kami masih boleh masuk ke dalam, sewa baju tradisional dan bergambar.


Inilah pendekar yang kuat mengamok.


Pakaian ini boleh disewa dan khidmat jurufoto ada diberikan jika perlu.

Dari Istana Pagaruyung, hari dah malam. Perjalanan diteruskan ke Padang. Sepatutnya 2 jam boleh sampai lah, tapi jam teruk disebabkan cuti hujung minggu dan juga sambutan 1 Ramadhan.

Kami sampai di Hotel Pondok 68 sekitar jam 11 malam waktu tempatan. Hotel yang bagus, cuma bilik sempit. Tak mengapa, kami cuma nak lelapkan mata sebelum bertolak ke airport esok jam 5.00am. Saya mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada Pak Antor atas bantuan beliau. Hanya sampai di situ tugas beliau, kepada yang nak hubungi syarikat beliau boleh hubungi Puan Eliza +628126615860 (wasap pun boleh).


Pak Antor yang baik dan mesra.

Esoknya kami gerak ke airport dengan teksi bermeter. Perjalanan lebih kurang setengah jam, kos kira-kira Rp130,000 sahaja untuk 1 teksi.

Info-info lain, coverage internet di Padang atau Bukittinggi memang terbaik. Sepanjang jalan ada network. Saya ambil roaming lebih mudah, unlimited usage. Cost per head? Kurang dari RM400 termasuk air ticket/aiport fee/tax, hotel/breakfast dan logistik (van 12-seater, bahan bakar, supir). Makan dan perbelanjaan sendiri tidak dikira. Kos parking di KLIA2 RM128 untuk 3 hari 2 malam.

Sekian laporan, semoga bermanfaat kepada yang membaca. Sebelum lawatan sendiri saya cuma baca dari blog orang lain, now it’s my time to give back. Selamat berjalan-jalan!

Prev PostDoa Qunut
Next PostRemove FB Sharer cache

4 Comments

  • Hairi

    October 27, 2019 at 7:51 am

    Time balik kena airport tax tak?
    Kalau kena berapa ya?

    svgReply
    • Basri MY

      October 29, 2019 at 8:57 am

      Tak berapa ingat, tapi semuanya macam biasa.

      svgReply
  • azizah adib rahim

    June 3, 2018 at 4:25 pm

    Ada contact number pak antor? Hihihiih

    svgReply
    • Basri MY

      June 3, 2018 at 6:31 pm

      Pak Antor +6281363007378

      svgReply

Leave a reply