Doa Qunut

adab-berdoa

Makna dalam doa qunut seperti berikut:

Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Waqinii syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Berikut adalah pendapat 4 mazhab berkenaan doa qunut:

Maliki: tidak ada qunut selain solat subuh

Syafie: tidak ada qunut selain solat subuh, melainkan berlaku musibah kepada muslimin maka ada qunut pada solat fardu yang lain. Ada qunut bagi solat witir setelah separuh akhir bulan Ramadhan

Hanafi: ada qunut pada solat witir. Tidak ada qunut pada solat fardu kecuali berlaku musibah kepada kaum Muslimin yang mana qunut pada solat subuh sahaja.

Hambali: ada qunut pada witir. Tidak ada qunut pada solat fardu kecuali berlaku musibah dan qunut pada semua solat fardu.

Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin menjelaskan tidak terdapat qunut pada solat fardu, kecuali berlaku musibah dan qunut itu pada setiap solat waktu agar Allah membebaskan kaum muslimin dari musibah.

Rujuk 1.

Prev PostHadis palsu menjelang bulan puasa
Next PostCatatan di Bukittinggi, Padang, Indonesia

Leave a reply