City Brain sekarang di Kuala Lumpur

City Brain adalah satu projek AI (Artificial Intelligence) yang dibangunkan oleh AliBaba Cloud. Dalam projek ini platform AliBaba Cloud digunakan untuk membuat analisa kepada data persekitaran bandar seperti kesibukan lalulintas dan tempat letak kereta. Analisa yang dihasilkan seterusnya menjadi input kepada AI untuk menentukan keputusan yang bakal dibuat. Projek City Brain ini mula diperkenalkan di Hangzhou, China dalam tahun 2016 oleh Alibaba dengan kerjasama Foxconn Tehcnology.

Kini Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan DBKL telahpun memulakan kerjasama dengan Alibaba bagi membawa projek City Brain ke Kuala Lumpur. Dalam fasa pertama projek ini dikatakan hanya memberi tumpuan kepada pengurusan aliran trafik kenderaan. Dalam fasa selanjutnya dijangkakan syarikat-syarikat yang berminat boleh menggunakan data analysis yang dihasilkan oleh City Brain bagi tujuan inovasi yang lain.

Usaha ini dikatakan mampu melonjakkan Kuala Lumpur sebagai salah satu bandar pintar di dunia. Sebagai rekod, berdasarkan Index Bandar Pintar 2017 oleh EasyPark Group, kedudukan Kuala Lumpur adalah pada tangga ke-84 manakala jiran terdekat kita Singapura berada di tangga ke-2.

Prev PostYoodo juga offer free sim card
Next PostMobile Unifi vs. Yoodo

Leave a reply