Yoodo juga offer free sim card

Industri telekomunikasi tempatan semakin meriah dengan pemain-pemain baru. Terkini anak syarikat Celcom Axiata iaitu Yoodo turut juga menawarkan plan yang menarik. Dikatakan pengoperasian Yoodo adalah 100% online seperti permohonan baru dan pengurusan akaun.

Apa yang menarik tentang Yoodo?

1. Yoodo memberikan kawalan kepada pengguna. Pengguna menentukan apa yang mereka ingini seperti kuota data, kuota talk time dan SMS. Sebagai contoh saya mencuba untuk customise plan yang saya inginkan. 30Gb data untuk RM85/sebulan tanpa talk time dan SMS. Jika plan tanpa data dan SMS, saya hanya perlu membayar RM12/sebulan untuk 2000 minit talk time. Wow! Ini sangat menarik.

2. 100% online, saya memang sukakan apa saja yang online.

3. Free sim card dan free delivery. Okay, mungkin saya agak ketinggalan. Zaman sekarang mungkin telco tidak lagi mengenakan bayaran untuk sim card mereka.

4. Tidak ada contract.

5. Kadar panggilan suara yang sangat murah. Untuk 2000 minit pada harga RM12, maka panggilan seminit tidak sampai pun 1 sen. Adakah ini satu kesilapan? Saya harap tidak.

6. Coverage paling luas di Malaysia. Yoodo menggunakan network 4G dari Celcom.

Wow! Saya telah pun memesan 1 sim card percuma dan hampir pasti menggunakan sim card ini.

Prev PostMobile Unifi vs. All-New Xpax vs. Digi Prepaid LIVE
Next PostCity Brain sekarang di Kuala Lumpur

12 Comments

  • Zuhry

    September 18, 2018 at 5:41 pm

    maaf, da tukar kpd yoodo dr maxis kemudian tukar semula kpd maxos boleh ker??

    svgReply
  • shida

    April 9, 2018 at 1:07 pm

    boleh saya tau plan ni tuk prepaid ke postpaid

    svgReply
  • Fairozee Hashim

    March 13, 2018 at 6:47 pm

    Basri, hang ada Blog rupanya. Aku ni Fairozee (SMSS) Haha..
    Btw, aku nak tanya, ko pakai Yoodo ok tak? Ini product dari Celcom? So can we expect ianya sebagus Celcom? Nak cuba tapi concern internet speed dia cukup bagus tak?

    svgReply
    • Basri MY

      March 13, 2018 at 8:37 pm

      Ya bro… Saja buat blog sebab nak bagi skill coding yang tak seberapa ni digunakan. Kalau tak guna hilang terus nanti.
      Pasal Yoodo tu aku cuma dapat sim card dan belum ada kesempatan untuk guna. Tapi aku percaya internet Yoodo sebagus Celcom dengan network yang luas. Dan voice charge pun sangat murah. Apa kata kau dapatkan satu sim, cuba minimum purchase. Nanti kau bagi aku testimoni…hahaha boleh aku tulis sini.

      svgReply
      • Fairozee Hashim

        March 13, 2018 at 11:09 pm

        Haha baiklah… aku tgh cuba DiGi Prepaid Live skrang ni. Area Putrajaya ok, KL kat office aku, Bangar South hancur pula. Modal pun besar, RM48 nak cuba

        svgReply
  • Rman

    February 18, 2018 at 4:11 pm

    Cnth lps dh dpt free sim tu , then customize 5 gb dgn price rm 30 sebulan , lpstu bleh cancel balik tak subsc. kita tu ?

    svgReply
    • Basri MY

      February 22, 2018 at 9:06 am

      boleh.. no contract.

      svgReply
  • bae

    February 7, 2018 at 11:05 pm

    pangilan semua rangkaian atau pengguna yoodo shja?

    svgReply
  • Ina97

    February 4, 2018 at 1:28 am

    Sim card yg free yg yoodo bagi tu, ade package data skali ke?? Or kosong tanpa sebarang package?

    svgReply
    • Basri MY

      February 4, 2018 at 6:48 am

      kosong. boleh customize kemudian.

      svgReply

Leave a reply