Deja Vu & Psikik

Profesor Hans Holzer dalam bukunya bertajuk “Han’s Holzer The Supernatural – Explaining The Unexplained” ada menceritakan tentang konsep Deja Vu (bahasa Perancis – dalam bahasa Melayu bermaksud “pernah dilihat”). Katanya ahli sains memberikan penjelasan bahawa Deja Vu berlaku oleh kerana kelewatan otak memproses maklumat visual yang diterima. Kelewatan ini memberikan gambaran seolah-olah suasana yang berlaku kepada penerima pernah berlaku sebelum ini.

Saya sendiri sekali-sekala mengalami proses Deja Vu ini dan ia melibatkan kombinasi visual, audio dan persekitaran. Deja Vu yang saya alami semuanya dalam tempoh beberapa saat. Contohnya pernah melihat sesuatu benda dan dalam masa yang sama mendengar percakapan seseorang.

Profesor Hans Holzer bagaimanapun mempersoalkan bagaimanakah konsep kelewatan maklumat tadi dapat dijelaskan sekiranya ia melibatkan satu pengalaman yang agak lama. Contohnya seseorang boleh menunjukkan arah dengan sangat dalam satu rumah yang belum pernah dilawatinya sebelum ini.

Belia juga ada menyebut tentang Extrasensory Perceptions (ESP) iaitu kebolehan mendapat maklumat awal tentang perkara yang akan berlaku. Katanya kebolehan ini sebenarnya normal dan ada pada setiap manusia, yang berbeza hanyalah kekuatannya.

Satu istilah lain yang menarik minat saya ialah Out of Body Experience (OOBE). Profesor Hans Holzer menjelaskan OOBE adalah pemisahan antara fizikal dan spiritual seseorang. Ianya biasa berlaku dalam mimpi. Apabila terpisah spirit (roh?) seseorang boleh melangkaui jarak, tidak ada sakit, dan tidak ada masa. Seseorang itu masih mempunyai kawalan ke atas spirit seperti biasa, cuma tanpa kehadiran fizikal. Oleh kerana OOBE juga, seseorang dapat merasakan pengalaman seperti terjatuh dari tempat tinggi sebelum terjaga dari tidur. Ini kerana kesan dari perubahan kelajuan di mana spirit tanpa fizikal mula menghampiri badan dan masuk semula.

Begitu juga dengan kebolehan seseorang untuk melihat seseorang yang telah tiada. Ianya ada kena mengena dengan kebolehan psikik seseorang.

Menurut beliau juga istilah supernatural sebenarnya terbit oleh kerana kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara. Sekiranya diketahui, ianya bukan lagi supernatural. Contohnya kebolehan untuk berkomunikasi tanpa wayar dalam jarak yang jauh, suatu masa ianya adalah supernatural tetapi tidak lagi kini.

Ketakutan adalah oleh kerana tidak mengetahui, begitu kata profesor ini.

Wallahualam.

Prev PostJom Merusuh
Next PostLife Insurance Portability?

6 Comments

  • Hamizan

    January 12, 2016 at 9:52 am

    hmmm,…. saya banyak kerap kali mengalami mimpi,… dan mimpi tu benar2 berlaku, saye juga pernah mengalami deeja vu…. yang kadangkala membuatkn adkh ia normal kepada manusia ?

    svgReply
  • airul

    April 18, 2014 at 1:07 am

    macam mana pula dengan situasi saya saya? Saya sering mendapat dejavu dan mimpi.. Saya mmg nk sgt mengkaji tentang dejavu dn psikik ni tapi saya takut tiada sokongan dn kpercayaan dari org sekeliling saya.. Salah satunya saya pernah bermimpi seseorang akan menang dlm satu pertandingan (org terdekat) tapi selepas beberapa hri ianya benar2 berlaku, prnah juga saya mngalami situasi lain dlm mimpi.. Tapi bila situasi trsebut dh mnjadi realiti bru saya sedar saya pernah bermimpi tentangnya. Kadang2 saya akan teringat akn seseorang yg lama tak jumpa dn tk pernah rapat sekali pun.. Tapi gerak hati seolah2 memberitahu yg saya akan berjumpa dgn individu trsebut paling tak pun dpt khabar dari mereka.. Bukan soal mnusia je tp melibatkan benda2 mcm mkanan, barang.. Mcm satu kuasa minda memberitahu yg saya akan mndpt sesuatu dlm masa trdekat… Ada jwapan?

    svgReply
  • ner

    May 5, 2012 at 3:21 pm

    banyak orang menginginkan kebolehan itu , kerana berpikir ia seronok , tapi sebenrnya ia menyeksakannnn !!!

    svgReply
  • Liza

    November 23, 2011 at 11:17 am

    Salam,,sebenarnya perkara yang menghantui saya,hampir sama dengan maksud dejavu yang dijelaskan diatas.saya sering melalui detik seperti saya pernah mengalaminya.benar-benar rasa pernah mengalaminya,walhal perkara itu adalah perkara yang pertama kali terjadi kepada saya.Saya juga tahu,saya akan putus dengan kekasih dengan cara diduakan,,saya juga tahu saya akan tinggal di kuala lumpur,langkawi,singapore,kerja kilang,dan semua itu saya mmg da lalui.saya boleh memberitahu perkara yang belum berlaku kpd sahabat saya.dan perkara itu benar-benar berlaku.semakin hari saya semakin takut melalui kehidupan saya.kerana setelah sekian lama ,saya dapat merasakan saya akan keseorangan dalam hidup,dan hakikatnya saya mmg keseorangan dalam hidup atas sebab-sebab tertentu,perasaan saya penuh dengan kebuntuan ,hanya saya mampu berdoa kepada Allah,agar segala-gala berjalan lancar dan tidak seburuk apa yang saya rasakan terhadap masa depan saya.dan apa yg membimbangkan terlalu banyak perkara yang berlaku ,sama seperti firasat yang saya rasakan.

    svgReply
  • Adlin

    April 18, 2010 at 4:24 pm

    Saya telah banyak kali mengalaminya.Lagi kelebihan saya ialah setengah percakapan saya menjadi realiti tapi saya jarang bercakap/pendiam, kuat daya firasat,mengetahui sifat seseorang,orang sedang menipu ketika bercakap,bangun tidur tepat pada masanya tanpa mengunci jam dengan niat dalam hati,telekinesis(objek ringan).Saya juga hampir-hampir boleh terbang ketika saya sedang menyanyi sambil berjalan(terasa badan ingin terangkat ke udara).Semua ini saya tidak bergurau.Semua kebolehan saya ini sedang berkembang kuat dan semakin banyak.Saya rasa kehairanan dan berdebar pada mulanya.Saya rasa seolah-olah saya sedang bermimpi setiap kali terjadinya perkara luar biasa tersebut.Sekarang ini kebolehan saya bertambah pula dengan kebolehan baru iaitu empati (meniru kedudukan atau kelebihan orang lain).Kebolehan ini juga semakin berkembang.Tidak tahu lagilah apa lagi kebolehan yang saya akan ada dan yang sedang ada.Orang lain tidak tahu pun.
    Tapi bagus juga saya ada kebolehan tersebut kerana dapatlah saya menjaga diri saya suatu hari nanti. Saya tahu pasti ada orang yang tak percaya pada saya setelah saya beritahu.Terpulanglah nak percaya atau tidak.Hanya Tuhan yang tahu.

    svgReply
  • Puteri N

    December 1, 2009 at 9:56 pm

    Saudara Basri
    Saya memang tercari-cari ttg psikik dan dejavu . Memang menarik topik ni. Apa yang buat saudara menulis ttgnya. Saya ingin nak mcari org yg bo kongsi pandangan ttg perkara ni malah klu bo bantu saya menyelami dgn lebih dlm lg.

    svgReply

Leave a reply