Duduk tahaiyat akhir

Semasa solat tarawikh di surau, saya berada di sebelah seorang remaja berbadan besar. Kelihatannya beliau susah untuk duduk ketika tahaiyat akhir. Selesai memberi salam, ada seorang lagi remaja merapati beliau dari belakang dan secara perlahan menegur kedudukan jari kaki semasa tahaiyat akhir. Walaupun perlahan, saya masih boleh mendengar kerana keadaan saf yang rapat.

Saya pernah diberitahu sebelum ini, kedudukan tahiyat akhir seperti mana umum dilakukan, ianya bukanlah rukun dan tidak membatalkan solat jika kedudukan tahiyat awal diulang juga pada tahiyat akhir.

Sekadar buat carian, saya terjumpa laman ini:

http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/06/cara-duduk-tahaiyat-akhir-yang-betul.html

Imam Nawawi menjelaskan: jika seseorang itu meninggalkan duduk yang sunnah ini, solatnya tidak terbatal. Begitu juga dengan apa jenis duduk sekalipun, samada seseorang itu terbalikkan duduk tahyiat awal (iftirash) dengan duduk tahiyat akhir (tawarruk) atau duduk berlunjur atau bersila atau lain-lain jenis duduk, semua ini tidak membatalkan solat, tetapi dia dikira telah meninggalkan sunnah yang afdal.

Satu lagi penerangan dari Ustaz Azhar:

Prev PostKenapa saya suka LHDN?
Next PostTarawikh 8 atau 20 rakaat?

Leave a reply